top of page

Pemilihan Majlis Pimpinan AMK, Wanita berjalan lancar petang tadi

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 15, 2022
1 min read


Pemilihan Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Wanita KEADILAN berjalan lancar petang tadi.


Berbanding kaedah sebelum ini yang dilakukan secara 'satu anggota satu undi', pemilihan pada sesi ini dijalankan oleh perwakilan AMK dan Wanita cabang.


Kedua dua pemilihan dilakukan pada sebelah petang Kongres AMK dan Kongres Wanita KEADILAN.


Perwakilan diminta mengundi calon pilihan mereka dan kemudian celupan dakwat dikenakan ke jari perwakilan yang telah sempurna membuang undi.


Keputusan bagi pemenang MPAMK dan MPWanita dikeluarkan pada pukul 7.30 petang tadi dan menyaksikan banyak nama baharu mengisi kedudukan kedua dua majlis pembuat keputusan itu.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page