top of page

Pemilihan KEADILAN: 'Kita satu keluarga, boleh bersaing tetapi jaga akhlak' - Dr Wan Azizah



Persaingan dalam Pemilihan KEADILAN 2022 seharusnya tidak menimbulkan perpecahan kerana parti diibaratkan satu keluarga besar yang saling melengkapi antara satu sama lain.


Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam satu siaran video yang dimuat naik sejak kelmarin.


Menurut mantan Presiden KEADILAN selama 18 tahun itu, pertandingan seharusnya jangan mengkesampingkan akal budi dan akhlak dalam berkempen, perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain.


"Ini yang saya nak pesan dalam pemilihan kali ini, kita satu wadah rakyat.


"Kita nak bina parti balik (lepas pengkhianatan), kita nak kuatkan selepas kita lalui pilihan raya, kita menang, namun ujian getir apabila ramai yang menyimpang


"Jadi bila kita ada pemilihan biarlah kita buat dalam kekeluargaan. Biarlah kita sama sama dalam keluarga ini membina, memperkuatkan kerana ini parti kita.


"Jadi Kak Wan pesan. Bertanding, kita mesti ada semangat tanding. Kita nak cabaran untuk dapatkan yang terbaik antara kita namun kita semua keluarga. Kita semua bersama sama dalam susah. Dalam susah itu lebih tabah. Lebih hebat menghadapi ujian dan dugaan," katanya dalam chanel Youtube Mengakar Merimbun.


Ahli Parlimen Pandan itu juga menyeru agar calon pemilihan tidak membangkitkan apa yang disumbangkan atau tidak kepada parti bagi mengurangkan suhu 'hangat' berkempen.


"Dalam pertandingan ini kita kelaurga. Nak ungkit, kau tak buat ni aku buat ini. Jangan.


"Kita semua menyumbang, ada yang menyumbang cara lain, kita tak tahu. Doa pun sumbangan juga.


"Kita jangan jatuhkan satu sama lain. Kita nak bertanding jangan gores hati, jatuhkan maruah. Biar kita ada piawaian untuk parti kita. Akhlahnya mulia, insan kamil, itu yang penting," katanya.



Beliau juga berpesan agar sesiapa yang menang atau dilantik selepas ini akan membentuk satu pasukan presiden yang mantap.


Dr Wan Azizah melarang perbuatan lampau apabila berlaku keputusan parti tidak dilaksanakan oleh satu fraksi sedangkan telah dibahas dan dipersetujui majoriti pimpinan parti.


"Kita dalam ini kita satu pasukan. Kita bermesyuarat. Kita buat keputusan dan kita tawakal. Tak perlu nak check and balance, tak perlu.


"Masa dalam mesyuarat ya, masa itu kita. Tetapi bila kita sama sama dalam satu pasukan presiden keputusan dibuat, dia presiden maka kita mesti ikut. Itu tatakelola bagaimana satu organisasi berjalan.


"Mesyuarat kita lawan, dah buat keputusan, masa itu kita taat dan setia kepada keputusan. Semua adalah pasukan presiden," katanya lagi.


Pemilihan KEADILAN 2022 berlangsung sejak 13 Mei lalu sehingga 22 Mei ini dan selepas itu jawatan untuk Majlis Pimpinan Pusat pula dipilih sebelum berakhir dengan kongres tahunan pada Jun 2022.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page