top of page

Pemilihan KEADILAN: 'Semua bantahan diteliti, gunakan saluran rasmi'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 29
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Semua ahli parti dinasihatkan agar membuat aduan berhubung salah laku dalam Pemilihan KEADILAN 2025 dengan hanya menggunakan saluran rasmi bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) KEADILAN, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, aduan yang diterima akan diteliti oleh Jawatankuasa Bantahan dan Aduan JPP 2025.


''Saya ingin menasihatkan kepada semua anggota parti agar menggunakan saluran yang betul dalam menyampaikan segala bantahan atau aduan.


''Hanya dengan cara itu, kita boleh ambil tindakan sepatutnya. Kalau tidak ada aduan atau bantahan, maka kita tidak boleh meneliti kerana setiap bantahan atau aduan itu perlu dikemukakan dengan bukti.


''Saya yakin, dalam usaha ini JPP sememangnya melaksanakan tugas mereka dengan baik dan InsyaAllah kita akan menjawab kepada semua bantahan dan aduan itu kepada pengadu,'' katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Semarak Aidilfitiri Bersama Rakan Media 2025 di sebuah hotel, di ibu negara malam tadi.


Ditanya sekiranya terdapat bantahan selepas keputusan di peringkat cabang dimuktamadkan pada 5 Mei nanti, adakah JPP akan mempertimbangkan untuk menyemak semula, Dr Zaliha berkata pihaknya akan meneliti dahulu laporan yang dikeluarkan.


''Kita akan lihat dulu macam mana laporan yang akan dikeluarkan nanti selepas semakan dilakukan.


''Saya rasa 'when we cross the bridge', kita tengok apa tindakan yang akan dilakukan nanti,'' ujar beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page