top of page

Pemilihan KEADILAN: Raikan demokrasi dengan semangat kekeluargaan - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 14
  • 1 min read


Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek menyeru supaya pemilihan pimpinan parti itu yang akan diadakan pada Mei ini dilangsungkan dalam semangat kekeluargaan.


Beliau yang bakal mempertahankan jawatannya juga mengingatkan mereka yang akan bertanding agar bertekad untuk memberikan khidmat terbaik untuk parti.


"Bagi saya sendiri, yang ingin saya tawarkan ialah kerja keras dan menjunjung aspirasi parti.


"Saya juga akan memastikan wanita menjadi suara terkuat dalam parti dan memastikan isu serta perjuangan parti dapat diteruskan," katanya dipetik.


Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan berkata begitu ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa KEADILAN Sarawak, di Kuching pada Khamis.


Pemilihan pimpinan parti dijadualkan diadakan pada 24 Mei, manakala bagi peringkat cabang, proses pemilihan akan dijalankan pada 11 hingga 20 April depan.


Untuk pemilihan kali ini, Fadhlina akan dicabar Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail bagi jawatan Ketua Wanita.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page