top of page

Pemilihan KEADILAN: Pertembungan antara orang baik dan orang baik - Wan Ji



Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussein menganggap pertembungan mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan sesiapa yang mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan kali ini seumpama 'orang baik lawan orang baik'


Hal itu, katanya berbeza dengan pertembungan pada 2018 lalu yang memporak perandakan parti dan kemudian meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Oleh itu, kata Wan Ji, tidak seharusnya penyokong pihak pihak yang bertanding kali ini membuat naratif songsang yang akan menimbulkan perpecahan.


"Ini bukan pertembungan di antara orang jahat dan orang baik. Ini adalah pertembungan di antara orang baik, dan lagi satu orang baik juga. Cuma mana yang lebih baik. Jadi kita tak boleh samakan dengan era Azmin yang lalu.


"Petembungan kali ini seperti adik beradik. Kita bukan berperang dengan musuh. Bila orang baik dan orang baik (bertanding) jangan guna sentimen yang akan melahirkan permusuhan selepas ini.


"Kenyataan yang tak berapa sihat kata kalau Rafizi masuk akan berpecah, ini dah permusushan. Memang kita kata game politik, tetapi lepas pemilihan nak jadi apa sebab kita dah create punca permusuhan," katanya.


Menurut Wan Ji lagi, lebih baik pihak yang bertanding berlumba lumba untuk memberi nilai tambah, menguatkan kedudukan dan strategi Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengungguli Pilihan Raya Umum ke 15 dan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 10.


"Saya tawar satu naratif, nilai tambah untuk Anwar jadi PM. Semua cakap aku ada nilai tambah. Bukan sekadar cakap tetapi buktikan.


"Rafizi dah tunjuk dia ada nilai tambah dengan data data sokongan (pengundi) yang dia kemukakan dan macam mana untuk lawan balik (kemerosotan). Satu lagi pasukan tunjuk pula nilai tambah. Ramai sebenarnya yang nak tengok Anwar jadi PM. Ini hasrat ahli parti dan rakyat," katanya.


Dalam pada itu, ditanya adakah KEADILAN perlu memeriksa kelemahan selepas kalah dalam beberapa siri pilihan raya, Wan ji berkata, parti perlulah memperbetulkan tanggapan rakyat terhadap perjuangannya yang telah dirosakkan akibat kelemahan kerajaan 22 bulan PH yang lalu.


"Kalau kita tengok bukan sahaja berlaku kepada KEADILAN (kemerosotan sokongan) tetapi dalam PH, DAP dan Amanah juga. Saya suka istilahkan sebagai 'lemau'.


"Lemau itu biasanya disebut kepada orang sedang demam, jadi parti ini pun sedang demam. Tetapi bukanlah demam yang tidak boleh bangkit. Cuma macam mana nak beri demam itu hilang.


"Kedua, saya lihat imej PH itu sendiri. PH masa PRU lepas rakyat beri kepercayaan besar. Kita kena ingat antara faktor ialah Tun Mahathir yang kita sokong kerana dia bersetuju dengan agenda reformasi menukar sistem.


"Tetapi janji itu tidak ditunaikan oleh Tun sendiri, terutama reformasi sistem (dan rakyat hilang kepercayaan)," katanya.


Sehubungan itu, Wan Ji mencadangkan agar penjenamaan semula dilakukan kepada KEADILAN.


Beliau tidak menolak isu isu yang dimainkan sekarang masih ada bisanya tetapi rakyat mahu melihat kelainan daripada parti.


"Naratif baru bukan bermakna buang isu isu besar, tetapi bawa imej yang baru.


"Orang terlibat dalam marketing kena fikir apa imej baru yang kita akan bawa.


"Harga barang mahal, turunkan tol masih dekat dengan rakyat. Misalnya zaman Datuk Saifuddin Nasution, macam mana dia berjaya kawal harga barang, tetapi (imej baik ini) dengan branding yang lebih relevan," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page