top of page

Pemilihan KEADILAN perlu harmoni, PRU parti hadapi cabaran lebih sengit - MB Selangor



Pemilihan KEADILAN 2022 perlu dijalankan dalam keadaan yang harmoni kerana beberapa bulan selepas itu parti akan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang lebih sengit.


Hal itu diungkapkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam ucapan Majlis Iftar KEADILAN Selangor, petang semalam.


"Saya ingin berkongsi sedikit bahawa bulan Ramadan ini adalah bulan keampunan. Namun antara kelompok yang tidak dapat keampunan biar pun beramal adalah beberapa golongan yang mempuntai masalah dengan manusia seperti memutuskan silaturahim. Saya percaya semangat Ramadan ini akan mengikat kita, apatah lagi sesama dalam satu perjuangan KEADILAN dan kita berada di Selangor.


"Menyentuh tentang pemilihan, amanat akhir saya dalam MPN sebelum pembubaran ahli jawatan kuasa cabang sebelum ini ialah kita perlu seharmoni mungkin kerana selepas ini ada cabaran besar, iaitu cabaran pilihan raya dan Selangor mempunyai cabaran besar untuk mengekalkan legasi dan mengekalkan kemenangan sejak 2008," katanya.


Menurut beliau, kemenangan di Selangor amat penting bagi meneruskan pelbagai program membantu rakyat yang tidak akan diteruskan jika parti lain yang menang.


"Kita akan meneruskan program yang baik, peduli rakyat dan inshaAllah selepas raya kita adakan jelajah di seluruh Selangor. Ada program kita perkenal pendekatan baru dan program baru kepada rakyat.


"Ada 6 - 7 program penjagaan kesihatan seperti saringan kanser usus, payudara, katarak dan sebagainya yang saya percaya tak ada kerajaan di Asia Tenggara melakukan saringan selengkap itu.


"Begitu juga program alam sekitar misalnya kita telah mengazet semula Hutan Simpan Kekal Kuala Langat lebih 1,000 ekar. Biar pun lambat sedikit, kerajaan ini mendengar suara rakyat dan ini polisi penting," katanya.


Justeru, MB menasihatkan dalam pemilihan kali ini yang menang atau kalah supaya meneruskan perjuangan bagi memastikan Selangor kekal menang besar dalam PRU 15.


"Kalau ada pertandingan di peringkat pusat dan cabang perlu dilaksanakan secara keluarga. Yang menang tidak menang semuanya, yang kalah tidak hilang semua," katanya.


Beliau turut berkata, jika pertandingan kelak akan menimbulkan perpecahan dan perbalahan maka beliau tiada masalah untuk menarik diri. Jika ianya menjadikan parti lebih kuat dan mantap maka beliau akan bersama untuk memeriahkan demokrasi dalam parti


0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page