top of page

'Pemilihan KEADILAN menuju penghujung, semoga parti bersatu padu'



Pemilihan KEADILAN 2022 yang telah berjalan lebih sebulan sejak proses pencalonan dan kini sudang tiba ke penghujungnya.


Hari ini merupakan pengundian fizikal terakhir. Anggota KEADILAN di negeri Perak, Sabah dan Sarawak mendapat mendapat giliran mengundi dan selepas pengundian di cabang cabang yang tertangguh dilakukan, maka keputusan muktamad akan diumum.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN pusat, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, berakhirnya pemilihan maka akan bermulalah proses yang lebih getir menyiapkan parti penghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 yang mungkin diadakan pada hujung tahun.


Oleh itu, calon Naib Presiden KEADILAN itu mengharapkan agar anggota dapat bertaut kembali sebagai keluarga besar untuk melawan musuh sebenar, BN - PN.


"Semakin hampir kepada penghujung. Apa yang saya harapkan, usai pemilihan kali ini kita semua yang berada di bawah satu lambang KEADILAN bersiap siaga dan saling membantu antara satu sama lain demi menghadapi PRU yang menjelang.


"Ketepikan segala perbezaan fahaman, kabilah serta pertelingkahan kerana musuh kita yang sebenar bukan antara satu sama lain, tetapi tampuk pemerintahan yang penuh khilaf dan lemah memimpin negara hingga mencemarkan imej Malaysia yang menjadi tanah tumpah kebanggaan kita selama ini," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page