Pemilihan KEADILAN: Keterbukaan politik Anwar wajar jadi contoh
- Suara Keadilan
- Feb 17
- 1 min read

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memuji keterbukaan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
Dipetik laporan media Hassan berkata, pendirian Anwar itu menunjukkan kematangan berpolitik sekali gus wajar dijadikan contoh.
"Ini amat positif dan memberikan gambaran yang baik kepada anak muda dan mereka akan berminat dengan KEADILAN.
"Keterbukaan Anwar menyuburkan amalan demokrasi dalam parti sekali gus memberi peluang kepada lebih satu juta ahli menentukan kepimpinan tertinggi parti berkenaan," katanya dipetik di Rumah Terbuka KEADILAN Johor, di Johor Bahru pada Ahad.
Anwar pada Sabtu berkata, beliau menghormati aspek demokrasi dalam parti itu dan tidak akan mencampuri urusan berkenaan.
Susulan itu beliau menyerahkan kepada parti itu untuk memutuskan sama ada dua jawatan tertinggi parti itu perlu dipertandingkan atau tidak pada pemilihan yang akan diadakan pada Mei depan.
Comments