top of page

Pemilihan KEADILAN: Kempen boleh bermula selepas penamaan calon 8 April - Dr Zaliha



Pemilihan KEADILAN bagi jawatan utama dan peringkat bawahan semakin rancak dengan calon calon yang berhasrat bertanding telah mula membayangkan atau menawarkan diri untuk posisi yang akan ditandingi.


Bagaimanapun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Dr Zaliha Mustafa, kempen calon calon pada semua peringkat hanya boleh bermula secara rasmi apabila pencalonan mereka diterima.


"Adalah diperingatkan kempen secara rasmi hanya akan bermula selepas penamaan calon yang dijadualkan pada 8 April 2022 dan Jawatankuasa Pemilihan Parti akan memantau secara dekat bentuk kempen kepada semua calon, tanpa prejudis dan akan bertindak mengikut Peraturan dan Tatacara Pemilihan serta Tataetika Kempen yang telah dibentangkan, didokumenkan dan dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP).


"JPP tidak bertanggungjawab terhadap kempen yang bermula pada masa kini walaupun ianya di luar waktu kempen rasmi tetapi memohon supaya bakal-bakal calon dan penyokong masing-masing menjaga tatasusila, mengelak dari kempen yang tidak beretika, seperti menyelar peribadi calon atau mengeluarkan kata-kata kesat, atau menggunakan perkataan tidak sopan kepada mana-mana anggota, penyokong atau mana mana pimpinan yang berhasrat bertanding," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Dr Zaliha berharap tiada kempen yang boleh menyebabkan perpecahan serius dalam parti pada pemilihan kali ini sebagaimana yang berlaku selepas pemilihan pada 2018 lalu.


"Saya yakin semua anggota adalah insan dewasa serta matang yang sayang kepada parti dan mahu ianya menjadi suatu organisasi yang bakal menghadirkan diri sebagai pasukan KEADILAN yang perkasa dan terus mendapat sokongan rakyat dalam berdepan dengan Pilihan Raya Umum yang ke-15.


"Walaupun Perdana Menteri, Ismail Sabri masih berdolak dalik tentang tarikh sebenar, ia dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja dari sekarang," katanya.


Selain itu, Dr Zaliha turut mengingatkan para anggota KEADILAN agar segera memuat turun Aplikasi ADIL yang telah pun dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mac lepas


Anggota juga, katanya, diminta mengemaskini daftar keanggotaan serta memberi persetujuan untuk menjadi Pemilih Atas Talian (PAT) bagi memudahkan urusan pengundian kelak.

0 comments

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page