top of page

Pemilihan KEADILAN: Cetus kebangkitan kepimpinan generasi muda

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 28, 2022
  • 2 min read


Pengkhianatan Langkah Sheraton hampir tiga tahun lalu menyebabkan parti mempunyai banyak kelompongan kuasa terutama di peringkat jawatan kepimpinan.


Menurut kenyataan beberapa pimpinan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), pemilihan yang akan diadakan pada Mac - April ini diharap akan melahirkan kelompok kepimpinan generasi baharu yang lebih berkualiti berbanding yang kurang akhlak sebagaimana ditunjukkan oleh kepimpinan yang telah berkhianat.


Bagi mereka, satu sosok pejuang muda yang tidak sewajarnya dilupakan oleh pendukung KEADILAN adalah mantan Setiauasaha Politik Presiden KEADILAN, Farhash Wafa Salvador.


"Jangan pernah lupa pada Kongres Nasional KEADILAN 2019 yang lepas, bahawa sosok yang dimaksudkan ini telah muncul lebih awal bagi memikul tanggungjawab dengan merangkul segala kekuatan demi memelihara institusi Presiden serta menghalang usaha menggulingkan Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir pada ketika itu.


"Tanggungjawab untuk memimpin sebuah parti bukan perkara yang mudah, terutamanya bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas siri demi siri serangan dilancarkan oleh Mantan Timbalan Presiden itu, namun beliau beruntung kerana memiliki Setiausaha Politik yang setia mempertahankan Presiden dan maruah parti," kata kenyataan itu.


Menurut pimpinan AMK itu lagi, biar pun Farhash wajah baru dalam kepimpinan KEADILAN namun bagi mereka yang benar-benar bergerak secara aktif di dalam parti sejak 15 tahun lalu terutamanya berakarkan dari Anwar Ibrahim Club (AIC) dan AMK pusat, pasti mengenali beliau dengan lebih mendalam serta mengakui penglibatannya di belakang tabir.


"Pada ketika Cabang-cabang KEADILAN seperti hilang arah tujuan pasca Langkah Sheraton, sosok yang dianggap wajah baru ini sanggup mengorbankan wang, tenaga dan masanya demi memelihara struktur kepimpinan parti bermula dari peringkat Cabang supaya parti teguh di belakang Presiden dan tidak berpecah," kata mereka lagi.


Tambah kenyataan itu, sudah tiba masanya kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pemimpin pelapis di belakangnya dari kalangan golongan muda, terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 yang dipenuhi pengundi muda dan belia.


Kenyataan besama tersebut dikeluarkan oleh Ketua AMK Rembau, Fendi Aris, Ketua AMK Damansara, Dzulhilmi Zainol, AJK Cabang KEADILAN Rembau, Sacchi Krish dan Ketua Penerangan AMK Damansara, Firzan Hakimi.




Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page