top of page

Pemilihan KEADILAN bermula hari ini hingga 22 Mei



Pemilihan KEADILAN 2022 bermula hari ini sehingga 22 Mei depan.


Bermula hari ini anggota KEADILAN akan memilih timbalan presiden, naib presiden, kepimpinan Wanita KEADILAN, Angkatan Muda KEADILAN dan kepimpinan peringkat cabang.


KEADILAN melaksanakan sistem satu anggota satu undi, di mana setiap anggota dapat membuat pemilihan mereka sendiri melalui kertas undi atau aplikasi ADIL.


Kecuali pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang memulakan pencalonan pada 28 Mei, dan dipilih melalui sistem perwakilan yang dipilih dari peringkat cabang.


Pengerusi Jabatan Pemilihan Parti, Dr Zaliha Mustafa mengucapkan selamat kepada para pemilih yang akan menunaikan tanggungjawab mereka.


"Selamat melaksanakan tanggungjawab anda untuk mengundi dan memilih barisan kepimpinan bagi sesi 2022/25 kepada semua anggota Keadilan di seluruh negara.


"Saya berharap dan mendoakan agar perjalanan pemilihan yang akan bermula pada hari ini 13hb Mei 2022 akan berjalan secara lancar dan dijauhkan dari segala kejadian yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan.


Jadual pengundian seperti berikut:


13 Mei - Terengganu dan Kelantan (fizikal)


14 Mei - Kedah, Johor dan Sabah (fizikal)


15 Mei - Pahang dan Wilayah Persekutuan (fizikal)


16 Mei - Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan (fizikal)


17 Mei - Pemilihan melalui aplikasi ADIL bagi anggota di luar negara


18 - 20 Mei - Pemilihan secara dalam talian bagi anggota KEADILAN di seluruh Malaysia


21 Mei - Selangor (fizikal)


22 Mei - Perak dan Sarawak (fizikal)


Manakala keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan pada 22 Mei ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page