top of page

Pemilihan KEADILAN 2025: Nik Nazmi tawar tiga agenda utama

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 9
  • 1 min read

ree

Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan akan mempertahan jawatan itu pada Pemilihan KEADILAN bagi sesi 2025-2028.


Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, beliau memohon sokongan semua ahli parti itu untuk memberi kepercayaan kepadanya kerana KEADILAN mesti mengutamakan rakyat dan menampilkan kepimpinan yang berwibawa.


"Saya ingin mengesahkan bahawa saya akan kekal bertanding bagi jawatan Naib Presiden KEADILAN.


"Saya adalah orang parti dan saya sentiasa meletakkan kepentingan parti serta negara mengatasi segala-galanya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam sementara itu menawarkan tiga agenda utama kepada anggota parti itu sekiranya berjaya mengekalkan jawatan itu.


Antaranya ialah untuk meneruskan program Felo Keadilan untuk melahirkan pemimpin muda berwibawa, memantapkan sistem perkaderan dan pendidikan politik serta menyusun dan menyiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).


"Pemilihan kali ini bukan sekadar soal pertandingan, tetapi merupakan amanah besar untuk memastikan idealisme Reformasi terus subur ketika kita sedang diuji dengan kuasa," tambahnya.


Selain Nik Nazmi, turut menyatakan hasrat mempertahankan jawatan Naib Presiden ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page