Pemilihan KEADILAN 2022: Perlu tempoh secukupnya untuk audit forensik, ketelusan



Keputuan Pemilihan KEADILAN 2022 bukan tanpa alasan kukuh ditunda pengumuman rasminya ke bulan Julai ini.


Menurut Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, penundaan mengumumkan keputusan dan seterusnya Kongres Nasional KEADILAN kali ke 16 dilakukan demi meneliti setiap aduan dengan telus bagi memastikan parti memiliki kepimpinan yang benar benar berwibawa serta disokong oleh ahli bawahan.


"Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang diketuai Dr Zaleha meminta supaya diberikan sedikit tambahan beberapa hari supaya semua aduan itu diteliti. Mungkin sebahagian aduan tidak munasabah tetapi sebahagian lain perlu diteliti dan kemudian dilakukan juga audit oleh syarikat audit bebas kerana sementara sistem (Pemilihan) itu dipertahankan tetapi kita kesan sebarang pelanggaran peraturan di bawah.


"Jadi ini kekuatan kita sebagai parti. Kalau kita bicara soal ketelusan, integriti kita jangan belajar daripada penipuan lain lain parti yang tidak berani. Sebut tentang audit forensik mereka takut. Kita tidak, kalau ada persoalan kita teliti," katanya.


Bagaimanapun, menurut Anwar, Majis Pimpinan Pusat (MPP) telah memutuskan tempoh meneliti aduan dan audit tersebut haruslah relevan dan tidak menjejaskan persiapan jentera pilihan raya.


"Cuma kita minta mereka percepatkan jangan berlarutan kerana tugas kita mahu persiapkan jentera untuk pilihan raya


"Jadi demikin, bila (pihak audit) forensik memohon ditambah waktu sehingga 19 - 20 Jun maka terlalu singkat untuk diteruskan kongres pada 23 Jun.


"Sebab itulah MPP membuat keputusan minggu lalu mengusulkan supaya ditangguhkan ke 15 Julai untuk membolehkan notis dua minggu dikeluarkan sesudah pengumuman muktamad oleh JPP," katanya.


Mengulas mengenai persaingan dalam Pemilihan kali ini Anwar berpuas hati kerana proses itu telah membawa lonjakan baharu sama ada dari segi kepimpinan, menaikkan sokongan rakyat atau imej pimpinan yang positif ditunjukkan sepanjang kempen.


"Merujuk kepada pemilihan barisan pimpinan baru KEADILAN, seperti mana saya tegaskan, saya melihatnya sebagai positif. Ada mesej jelas, perlu satu lonjakan baru untuk membawa perubahan yang lebih positif.


"Tetapi sebagai satu parti gerakan rakyat mesti ada semangat merangkul semua kekuatan


"Ini tidak pernah kita berganjak daripada prinsip ini. Untuk reformasi itu dapat dilaksanakan dia mesti ada dukungan rapat rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER