top of page

Pemilihan KEADILAN 2022: 'Nilaikan kesetiaan, bakti kepada parti dalam susah dan senang'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 17, 2022
  • 2 min read


Sambutan Hari Raya Aidilfitri mengajar umat Islam erti 'kembali kepada fitrah' dalam diri yang cintakan keadilan dan kebaikan.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, fitrah suci itu perlu ada pada anggota KEADILAN, khususnya yang beragama Islam setelah sebulan menjalani tarbiyah Ramadan.


Oleh itu, katanya mereka seharusnya mampu membuat pilihan yang terbaik dalam pemilihan parti yang sedang berjalan.


"Seperti mana pengertian Eidulfitri dalam bahasa Arab yang bermaksud Eid kembali dan fitri pula fitrah manusia maka selepas berpuasa kita diberi oleh Allah satu perayaan Aidilftri, kembali kepada fitrah manusia.


"Kalau ikut kamus Dewan fitrah itu 'tabiat yang asal' yang suci, yang baik. Maknanya kita kembali kepada fitrah kebaikan yang suka kepada keadilan dan benci kepada kezaliman.


"Itu penghayatan kita sampaikan dalam setiap program rumah terbuka anjuran Pakatan Harapan dan KEADILAN. Ingin mengajak rakyat menyedari bahawa yang penting dalam perjuangan ini kita kembali kepada fitrah yang baik dan adil," katanya dalam sambutan Aidilfitri di Cabang Gombak, malam tadi.


Calon Naib Presiden nombor 17 itu mengharapkan anggota KEADILAN Cabang Gombak yang mahukan kebaikan dan menolak peristiwa hitam Februari 2020 lalu memilih calon yang betul betul setia untuk menerajui cabang berkenaan.


Beliau mengharapkan rakannya Datuk Seri Amirudin Shari akan dipilih semula pada kali ini.


"Kita semua sedia maklum cabang beliau menghadapi pertandingan. Saya mengajak rakan rakan untuk menghargai apa yang beliau lakukan sepanjang memimpin negeri Selangor dan cabang ini. Saya ingin menyeru rakan rakan memberi sokongan kepada beliau sebagai naib presiden dan ketua cabang," katanya.


Selain itu, Shamsul juga memohon anggota parti di Gombak memilih beliau sebagai calon naib presiden dalam pasukan yang setia kepada parti menghadapi pancaroba, sama ada susah dan senang sejak 23 tahun lalu.


"Saya harap kawan kawan di Gombak dan Selangor menilai saya untuk terus berkhidmat dalam parti, sekarang sebagai Ketua Penernagan.


"Sebelum ini pernah menjawat naib prsiden. Kali ini menawarkan diri sekali lagi untuk terus memberi khidmat bakti kepada parti. Mudah mudahan kawan kawan di Gombak terutama kawan Angkatan Muda KEADILAN menilai saya dari segi apa saya lakukan kepada parti sejak dari awal penubuhan pada bulan April 1999 lalu," katanya lagi.



Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page