Pemilihan KEADILAN 2022 lebih bebas tanpa 'cai'



Pemilihan KEADILAN 2022 kelihatan lebih bebas tanpa kaedah cai sebagaimana dalam dua siri pemilihan lalu.


Menurut Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Permatang Pauh, Amir Ghazali tanpa cai anggota lebih bebas untuk memilih dan lebih ramai calon berpotensi boleh diangkat sebagai pemimpin.


"Pada pandangan saya cai pada pemilihan dulu boleh. Ada dua team. Tetapi saya melihat perkembangan pemilihan sekarang ini tidak ada cai. Cuma calon timbalan presiden ada dua. Tetapi dari segi naib presiden dan juga MPP saya melihat satu perkembangan positif tak ada cai dan ia memberi keselesaan anggota buat pemilihan


"Ini dinamika di mana kita boleh membentuk satu sistem yang 'dikembalikan kepada anggota tanpa ketakutan'," katanya dalam forum yang dimoderatorkan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, baru baru ini.


Menyentuh cabang Permatang Pauh, kata Amir, cabang yang penuh dengan tokoh lagenda itu tidak boleh dibicarakan tanpa mengambil kira jasa dan sumbangan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Namun katanya, Permatang Pauh mempunyai dinamika tersendiri dalam menghadapi cabaran sesama dan mempunyai kekuatan yang boleh dicontohi oleh cabang yang lain.


"Kita tidak boleh lari apabila menyentuh Permatang Pauh dari tokoh tokoh seperti Dr Wan Azizah jadi ketua cabang, juga Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan sekarang Nurul Izzah sebagai ketua cabang yang menang tanpa bertanding.


"Kita mempunyai kepimpinan yang dinamik sejak pemilihan lalu. Kita membentuk satu pasukan yang cukup jitu dalam menggerakkan aktiviti di Permatang Pauh.


"Dari segi pimpinan wanita, anak muda, walau ada cedera dalam kedua sayap tetapi cabang ada kekuatan tersendiri, terutama dari pimpinan Nurul dalam mengambil sikap, minta pandangan dan mesyuarat.


"Manakala saya sebagai timbalan ketua cabang ketua mengatasi masalah peringkat bawahan. Ketua di peringat atasan tetapi timbalan di peringkat ajar umbi mengadakan perbincangan. Ini adalah satu dinamik kepimpinan di Permatang Pauh.


"Dinamika itu berlakun di peringkat semua segmen," katanya.


Ditanya berkenaan isu kos sara hidup di Pulau Pinang ketika peningkatan harga berlaku di seluruh negara, Amir berkata, kenaikan tidak terkecuali di pulau mutiara itu.


Jelas beliau, hal tersebut berlaku kerana ketidakupayaan pimpinan BN ketika ini menyelesaikan masalah harga barang sedangkan 22 bulan pemerintahan PH harga barang boleh dikawal.


"Kita lihat peningkatan harga memuncak berbanding dua tahun lepas. Ketika itu kita jadi kerajaan dan menteri pengguna dipikul oleh Datuk Seri Saifuddin. Pada ketika itu harga masih terkawal dan segala jentera kementerian pada ketika itu turun ke bawah.


"Di Pulau Pinang team pengguna turun pantau harga peruncit dan pemborong supaya penguna dapat harga yang murah. Tetapi apa yang berlaku hari ini kegagalan kementerian pengguna itu harus dipikul oleh rakyat bawah yang terkesan dengan kenaikan harga


"Di Pulau Pinang di bawah Exco Pengguna Yb Halim Hussin langkah sewajarnya dilaksanakan dengan memantau harga di peringkat pasar malam, pasar awam. Namun kerajaan pusat perlu memainkan peranan untuk menurunkan harga agar rakyat terbela," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER