Pemilihan bagi Cabang KEADILAN Padang Serai, Kedah ditangguhkan atas sebab sebab tertentu oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP)
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa, pemilihan tersebut ditangguh berikutan laporan daripada pasukan teknikal di cabang terbabit dan satu tarikh pemilihan semula akan diumumkan kelak.
"Setelah meneliti penjelasan dan laporan dari lapangan di pusat pengundian Cabang Padang Serai dan pasukan teknikal yang bertanggungjawab berkenaan sistem pemilihan pada hari tersebut, JPP memutuskan untuk menangguhkan pemilihan bagi Cabang Padang Serai
"Maka tarikh pemilihan semula akan dimaklumkan kemudian," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Dr Zaliha juga mengumumkan pertukaran lokasi bagi pengundian di Cabang Kampar, Perak untuk pemilihan esok, 22 Mei 2022.
"Terdapat pindaan pusat pengundian cabang Kampar berikutan pusat pengundian terdahulu telah dibatalkan sewaan oleh pemilik premis," katanya.
Butiran pusat pengundian terkini untuk cabang Kampar adalah seperti berikut:
Tarikh Pengundian : 22 Mei 2022
Hari Pengundian : Ahad
Masa Pengundian : 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Koordinator Negeri : Abd Rahim bin Sabli
Cabang : Kampar
Pusat Pengundian : Dewan Temple Lian Fah Sam Thai Choo, Jalan Melati 4, 31700 Malim Nawar (Berhadapan SMK Malim Nawar).
Comments