top of page

Pemilihan 2025: Perlu pertimbangan tepat sebelum keputusan besar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 5
  • 1 min read


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail belum memutuskan sama ada akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pada pemilihan kali ini.


Beliau yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) berkata, telah mengadakan perbincangan dengan penyandang jawatan itu, Datuk Seri Rafizi Ramli selain berjumpa Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya masih ada masa untuk istikharah. Sebelum ini, saya sudah mengadakan perbincangan selama empat jam dengan Datuk Seri Rafizi Ramli, proses perbincangan dan pertemuan itu sudah selesai.


"Pada masa sama, saya turut mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan perbincangan dengan (pihak parti peringkat) negeri serta cabang.


"Oleh kerana masih berbaki lagi empat hari, maka saya akan membuat pengumuman dalam tempoh yang munasabah," katanya dipetik.


Pencalonan untuk Pemilihan KEADILAN 2025 bagi peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dan Wanita Pusat yang sepatutnya diadakan semalam telah ditangguhkan kepada 8 hingga 9 Mei ini.

Sementara itu Saifuddin menegaskan, pertimbangan tepat perlu dibuat sebelum sebarang keputusan besar diambil.


Justeru beliau memberitahu media bahawa keutamaanya ketika ini adalah bagi memastikan parti itu terus kuat dan mantap serta mampu menambah bilangan kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.


"Saya orang lama dan merasakan lebih banyak kalah daripada menang. Saya bukan memikirkan soal menang atau kalah dalam parti, sebaliknya mahu melihat proses pemilihan berakhir dengan parti menjadi lebih kuat.


"Perkara ini yang lebih menjadi keutamaan kepada saya. Sekarang, kita ada 31 kerusi dan mahu menambah lagi bilangan kerusi untuk memantapkan PH," tambahnya.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page