top of page

Pemerkasaan buluh: Menteri PN ulangi saranan PH, tiada idea baru

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 22, 2020
  • 2 min read

Khairuddin yang berada di posisi sama mengulang idea tanaman buluh sebagai sumber ekonomi yang menguntungkan.


Pemerkasaan buluh: Menteri PN ulangi saranan PH, tiada idea baru

Genap setahun Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memperlecehkan idea Menteri Industri Utama Pakatan Harapan (PH) Teresa Kok yang menggesa pekebun beralih kepada tanaman alternatif buluh dalam menghadapi penurunan harga sawit akibat diboikot Kesatuan Eropah, hari ini, Khairuddin yang berada di posisi sama mengulang idea tanaman buluh sebagai sumber ekonomi yang menguntungkan.


Kenyataan media beliau bahawa saiz pasaran global bagi produk buluh berjumlah AS$68 bilion pada tahun 2018 tetapi sumbangan eksport berasaskan buluh Malaysia masih rendah, sekitar RM9 juta pada tahun 2019 bertepatan dengan galakan menteri PH sebelum ini.


Sedangkan, menerusi akaun Facebook Khairuddin pada tarikh 3 Mac 2019, beliau menyindir kononnya idea “bernas” menteri PH itu sebagai percubaan menutup kejatuhan harga sawit.


Bagi mantan Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, kenyataan Khairuddin agar buluh dijadikan komoditi utama membayangkan menteri Perikatan Nasional (PN) itu ketandusan idea baharu. Malah komen beliau setahun lalu juga, menurut Shamsul, tidak menepati saranan Teresa, kononnya menyuruh petani menukar tanaman sawit kepada buluh.


"Kita lihat (buluh) sebagai sumber komoditi yang berpotensi, tidak bermakna kita nak tebang kelapa sawit (dan) tanam buluh, bukan konsep tu," kata Shamsul menerusi akaun twitternya.


Sementara itu, Teresa sendiri dalam jawapan balas tahun lalu menegaskan buluh bukan gantian kepada sawit tetapi tanaman alternatif kepada para pekebun.


Teresa gembira kerana Khairuddin akhirnya memahami idea kementeriannya pada tahun lalu.


"Saya gembira YB Dr Khairuddin Takiri, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi meneruskan dasar dan halatuju penanaman buluh yang ditetapkan oleh saya dan pihak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) pada tahun lepas.

"Saya percaya Menteri baru ini sedar kenyataannya yang membidas cadangan saya pada tahun lepas (3 Mac 2019) adalah kurang cerdik kerana beliau tidak dapat gambaran yang jelas berkenaan cadangan penanaman buluh secara besar-besaran," katanya menerusi Facebook.


Bagaimanapun, terdapat artikel yang menyokong Khairuddin, ditulis oleh Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaluddin berikutan tindakannya meletakkan industri buluh di bawah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Namun ia tidak banyak bezanya daripada idea asal tanaman buluh sebagai komoditi utama kerana sejak 2016 MTIB telah pun merangka pelan tindakan untuk memajukan industri berkenaan.

Persoalan utamanya, mengapakah idea tanaman buluh itu dikecam dan diperlecehkan ketika PH memerintah tetapi idea sama dijadikan tumpuan ketika PN berkuasa?


Sama ada diusahakan oleh pekebun kecil, sederhana atau berskala besar, bukankah hakikatnya buluh telah diiktiraf menjadi komoditi yang menguntungkan dan penanamannya perlu diceburi oleh seluruh rakyat Malaysia yang berminat?

 
 
 

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page