top of page

Pemeriksaan haid di sekolah: Mana jawatankuasa aduan, apa kerja mereka?



Genap setahun ura ura penubuhan jawatankuasa bebas menangani aduan pemeriksaan haid di sekolah yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, media melaporkan pemeriksaan berkenaan masih dijalankan di sesetengah sekolah terhadap pelajar perempuan.


Sehubungan itu, Pengerusi NGO Bidadari Malaysia, Napsiah Khamis Maharan bertanya di manakah jawatankuasa khas yang dicadangkan dan apakah syor mereka terhadap pemeriksaan haid yang menimbulkan trauma dalam kalangan pelajar perempuan tersebut.


"Mana jawatankuasa yang Menteri janjikan untuk menanggani masalah ini? Siapa yang berada dalam jawatankuasa tersebut juga tidak didedahkan," kata Napsiah.


Beliau yang juga mantan Ketua Wanita KEADILAN Johor tidak mahu isu pemeriksaan haid berterusan tanpa ada penyelesaian.


Isu berkenaan, katanya bukan untuk dibincangkan dalam kalangan netizen semata mata atau sebagai perkara sampingan tetapi perlu dilihat sebagai usaha menjaga maruah wanita.


"Sampai bila anak anak perempuan kita akan dilayan seperti ini?


"Saya memandang serius perkara ini kerana melibatkan maruah mereka dan emosi mereka juga terganggu .


"Sekiranya kerajaan gagal menanggani perkara ini maka kerajaan dilihat gagal dalam menjaga maruah remaja perempuan di negara ini," katanya lagi.


Semalam, sebuah portal berita melaporkan pelajar di sebuah sekolah menengah mendakwa berdepan pemeriksaan haid yang dilakukan oleh pegawas perempuan di sekolahnya


Insiden itu dikongsi oleh seorang pelajar yang tidak dinamakan kepada Ain Husniza Saiful Nizam, yang menyiarkan tangkap layar mesej itu di Twitternya.


Pada 20 Jun 2021 tahun lalu, Menteri Pendidikan mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat aduan pemeriksaaan haid. Namun tidak diketahui sama ada cadangan tersebut telah dilaksanakan atau apakah telah ada syor dikeluarkan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page