Pemeriksaan kesihatan PeKA B40 skim diperkenal di bawah PH
- Redzuan Shamsudin

- Oct 20, 2022
- 1 min read

Pemeriksaan kesihatan percuma di bawah inisiatif PeKA B40 di Pasir Gudang, Johor baru baru ini mengingatkan kejayaan Kerajaan Pakatan Harapan 22 bulan dalam membantu rakyat berpendapatan rendah.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim turut hadir bersama rakyat dalam pemeriksaan kesihatan percuma di Johor Jaya.
"Saya hadir dalam program pemeriksaan kesihatan program PeKA B40 bersama masyarakat India di Kuil Arulmigu Sithivinayagar Thiruvokil, Johor Jaya," katanya.
PeKa B40 bermula pada 15 April 2019. Skim tersebut memberi fokus kepada jalinan kerjasama awam dan swasta dalam meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas bagi menangani masalah penyakit tidak berjangkit (NCD).
Selain manfaat utama saringan kesihatan, PeKa B40 juga memberi bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser serta insentif tambang pengangkutan.




Comments