top of page

Pemergian Shaikh Yusuf Al-Qaradhawi kehilangan besar kepada umat Islam



Kewafatan ulama terkemuka Shaikh Yusuf Al-Qaradhawi pada tengah hari semalam (waktu Qatar) merupakan satu kehilangan kepada umat Islam seluruh dunia.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Shaikh Yusuf merupakan seorang mujaddid ulung yang pemikirannya sentiasa membawa pembaharuan kepada umat Islam, termasuk di Malaysia.


"Sesungguhnya umat Islam seluruh dunia amat berdukacita di atas kembalinya ke rahmatullah Shaikh Yusuf Al-Qaradhawi


"Kehilangan salah seorang mujaddid ulung dunia Islam sepanjang abad lalu ternyata mengesankan umat.


"Shaikh Yusuf Al-Qaradhawi adalah sahabat dan tokoh rujukan saya sejak zaman mahasiswa ketika memimpin gerakan Islam. Beliau sentiasa menyeru kepada aliran wasatiyyah dan menentang keras aliran ghuluw dan mutaa'ssibin.


"Saya juga sering mengundangnya ke Malaysia termasuk sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri," kata Anwar dalam perutusan takziah malam tadi.


Shaikh Yusuf berkunjung ke Malaysia ketika Anwar menjawat Timbalan Perdana Menteri

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi, sebagai sahabat sejati beliau Sheik Yusuf tidak pernah lupa untuk mengutus surat ketika dirinya di dalam penjara juga sentiasa memgutus doa ketika pelbagai rintangan membeliti perjuangan.


"Doa dan surat yang sering diutus tatkala dalam kesulitan begitu mengesankan dan memperteguh semangat dan idealisme saya dalam perjuangan.


"Saya secara peribadi amat merasai kehilangannya. Sumbangan serta legasi yang ditinggalkan ternyata membekas dalam setiap sanubari kaum Muslimin.


"Semoga Allah SWT memberi tempat dan ganjaran yang teristimewa buat beliau," katanya lagi.


Yusuf al-Qaradawi dilahirkan di Mesir dan menetap di Qatar sejak 2013.


Pada 2009, Malaysia pernah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau yang mengiktiraf sumbangan dan jasa besar individu sempena sambutan tahun baharu Islam.


Hasil tulisannya yang terkenal berjudul The Lawful and Prohibited in Islam turut diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan menjadi titik rujukan utama kepada umat Islam di seluruh dunia.


Beliau turut disegani komuniti antarabangsa kerana pandangannya yang tegas tentang konflik Israel-Palestin malah ulama sunni berkenaan juga pernah menggunakan pendekatan lebih lembut terhadap kumpulan syiah ketika ketegangan tercetus antara Qatar dan Arab Saudi.






0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page