top of page

Pemergian Mutang Tagal kehilangan besar buat negara - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 11, 2024
  • 1 min read


Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat negara.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika memberi penghormatan terakhir kepada mendiang pagi tadi.


"Pemergian Datuk Mutang ternyata satu kehilangan besar buat negara dan negeri Sarawak khususnya.


"Mendiang juga miliki prinsip dan nilai kukuh serta serius dalam usaha reformasi Parlimen.


"Saya sampaikan ucapan takziah kepada isteri mendiang, Datin Ho May Leng dan keluarga. Semoga mereka kuat dan tabah hadapi dugaan ini," karanya dalam catatan di Facebook.


Mendiang Mutang meninggal dunia pada 11.46 pagi semalam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak 6 Mei lalu.


Sebelum ini, Mutang menerima rawatan di IJN setibanya dari Azerbaijan pada 6 Mei lepas.


Beliau yang melakukan lawatan kerja di negara itu bermula 29 April lepas, pulang lebih awal daripada yang dijadualkan.


Mendiang mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.


Pada 19 Februari lepas, bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20 menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan, susulan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page