top of page

Pemergian Lee Kee Hiong kehilangan kepada penduduk DUN Kuala Kubu Baru - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 21, 2024
  • 1 min read


Pemergian Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Baharu, mendiang Lee Kee Hiong merupakan kehilangan besar kepada penduduk DUN Kuala Kubu Baharu.


Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata demikian dalam perutusan takziah memaklumkan kematian mendiang.


"Beliau telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Kuala Kubu Baharu sejak tahun 2013.

"Pemergian beliau adalah kehilangan besar kepada pelbagai pihak dan pasti dirasai terutamanya oleh penduduk Kuala Kubu Baharu yang sudah lama diwakili dan dibantu oleh Puan Lee Kee Hiong sejak sebelum dia menjadi wakil rakyat," katanya.


Justeru, MB mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan sahabat serta anggota DAP khususnya di kawasan Kuala Kubu Baharu.


"Mewakili Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Puan Lee Kee Hiong, serta seluruh sahabat dan anggota di dalam Parti Tindakan Demokratik yang kehilangan tokoh berpengalaman.


"Semoga mereka diberikan kekuatan mengharungi detik yang mencabar ini," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page