top of page

Pemergian Abas Awang: Tokoh reformasi, pendidik berjasa besar - Dr Fuziah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 35 minutes ago
  • 1 min read

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Cikgu Abas Awang yang disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat parti dan rakan seperjuangan.


Menurut beliau, khabar pemergian Allahyarham amat memberi kesan secara peribadi memandangkan hubungan akrab yang terjalin sejak sekian lama.


"Saya berasa amat hiba apabila menerima perkhabaran tentang pemergian sahabat saya, Allahyarham Cikgu Abas Awang. Sesungguhnya kehilangan Allahyarham memberikan kesan yang mendalam kepada saya secara peribadi," katanya dalam muat naik di media sosial.


Allahyarham dikenang sebagai seorang bekas pendidik yang berdedikasi serta antara anggota awal parti yang aktif sejak gelombang Reformasi di Pahang kira-kira 27 tahun lalu.


"Beliau antara anggota parti yang sangat aktif sejak bermulanya gelombang Reformasi 27 tahun lalu di negeri ini, dan kekal istiqamah dalam perjuangan sehingga ke akhir hayatnya," katanya.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup itu berkata, beliau mengenali Allahyarham sebagai seorang yang merendah diri, komited dan setia dalam perjuangan parti.


"Komitmen, kesetiaan dan keteguhan beliau dalam perjuangan sentiasa saya hargai dan kagumi," ujarnya.


Tambah beliau, jasa serta sumbangan Allahyarham kepada parti dan rakyat, khususnya di Pahang, akan terus dikenang oleh seluruh warga KEADILAN.


"Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat-sahabat dan seluruh warga KEADILAN yang pernah mengenali jasa serta pengorbanannya," katanya lagi.


Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi saat sukar ini.


Allahyarham Abas menghembuskan nafas yang terakhir di rumah di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, semalam.


Allahyarham pernah menerajui Biro Pendidikan KEADILAN sedekad lalu dan masih aktif dalam KEADILAN Pahang pada 2026.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page