top of page

Pemenjaraan Najib merupakan keberanian rakyat, institusi kehakiman jadi lebih baik - Anwar



Pemenjaraan bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan semalam merupakan satu episod keberanian rakyat Malaysia bertindak sejak 2018 lalu.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tanpa tumbangnya kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu maka tidak mungkin hakim bebas membuat keputusan di mahkamah sebagaimana sebelumnya.


"Kita hormat keputusan Mahkamah Persekutuan bersabit kes Najib Razak. Ini membuktikan bahawa rakyat itu berkuasa.


"Rakyat membuat keputusan pada 2018 untuk mempastikan badan kehakiman bebas dan bersihkan negara dari rasuah.


"Keputusan rakyat ini yang membolehkan pendakwaan yang profesional, dan ketegasan serta keberanian badan kehakiman membuat keputusan mengikut fakta dan hukum, bukan mengikut telunjuk politik pihak yang berkuasa yang kita telah alami selama puluhan tahun," katanya.


Sehubungan itu, Presiden KEADILAN itu mengucapkan penghargaan kepada hakim hakim yang berjiwa kental membuat penghakiman tanpa tunduk kepada sebarang ugutan kecuali tunduk kepada fakta dan undang undang.


Kepada generasi muda, Anwar menyeru agar mereka meneruskan usaha membuat perubahan demi menjadikan negara lebih baik daripada sebelumnya.


"Sekarang ada perasaan lega. Sekarang saya nak ucapkan selain penghargaan kepada hakim hakim yang berani dan berwibawa tunduk kepada fakta dan hukum, bukan tunduk kepada kekuasaan politik, tetapi ingat rakyat bila memutuskan dengan bijak.


"Anak muda bila menentukan masa depan mereka, maka suasana dan iklim politik boleh berubah," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page