top of page

Pemeliharaan hutan penting tangani perubahan iklim - Nik Nazmi



Menyedari Malaysia tidak akan terlepas terlepas dari kesan perubahan iklim global, kerajaan akan melaksana beberapa usaha mitigasi dan adaptasi bagi mengurangkan kesannya.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata antara usaha tersebut adalah dengan melaksana pemeliharaan hutan termasuk hutan paya bakau di negara ini.


Usaha itu menurut beliau penting kerana hutan di negara ini yang dianggap paling tua dan paling baik mampu memain peranan sebagai penyerap karbon.


"Kita juga akan melakukan peralihan tenaga daripada menggunakan bahan api fosil selain melihat sumber tenaga lain yang mempunyai elemen penjimatan tenaga.


"Jika kita boleh menjana tenaga seperti solar dan biojisim, kita tidak perlu menggunakan tenaga yang terlalu banyak," jelasnya.

Nik Nazmi berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran Klinik Amal Percuma Yayasan Amal Maaedicare dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS), di Kuala Lumpur.


Pelancaran itu dilakukan Pengerusi Kebangsaan MRCS, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan dihadiri Pengerusi Yayasan Amal Maadicare, Tunku Yaacob Khyra.


Sementara itu Nik Nazmi turut memaklumkan bahawa kementerian yang dipimpinnya sedang meneliti kesan fenomena El Nino dan La Nina terhadap bekalan sumber air domestik.


"Pada tahun 1990-an, kita mengalami musim kering yang panjang dan beberapa negeri mengalami masalah bekalan air disebabkan simpanan air yang agak kecil.


"Perkara yang menjadi kebimbangan ini ialah keselamatan bekalan air kita.


"Setiap negara mempunyai sasaran bagi mencapai matlamat untuk mengurangkan peningkatan suhu yang berlaku. Sekiranya suhu sudah meningkat melampaui sesuatu tahap akan menjadi semakin sukar kepada kita," katanya.


Beliau turut menjelaskan kerajaan akan bekerjasama di peringkat antarabangsa bagi menangani isu berkaitan perubahan iklim global yang sering diperkatakan itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page