top of page

Pemegang akaun air di Wangsa Maju saman kerajaan, syarikat swasta


Pemegang akaun air di Parlimen Wangsa Maju yang terjejas dengan gangguan bekalan air pada 3 hingga 9 September 2020 lalu telah memfailkan saman ke atas 15 badan kerajaan dan tiga syarikat swasta.


Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew yang menyokong tindakan berkenaan diambil berkata, saman berkenaan selain menghukum pihak yang mencemarkan sungai, badan-badan kerajaan dan syarikat swasta yang bertanggungjawab untuk mengelak berlakunya pencemaran juga harus dihukum kerana kelalaian mereka.


"Kita lihat kepada industri air negara, terdapat cukup undang-undang bagi memastikan bekalan air bersih dan berterusan, serta pencemaran sumber-sumber air dapat dicegah.


"Jika semua pihak yang diberi kuasa dan tanggungjawab untuk mencegah pencemaran air melakukan tugas dengan jujur, gangguan bekalan air disebabkan pencemaran sepatutnya langsung tidak berlaku, atau sekurang-kurangnya tidaklah begitu kerap terjadi.


"Kegagalan menunaikan tugas dan kegagalan menguatkuasakan undang-undang telah menyebabkan penderitaan lebih satu juta pengguna dan kerugian ratusan ribu ringgit dana kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, terdapat sebuah syarikat swasta yang dianugerahkan sebuah kontrak kerajaan yang bernilai RM855 juta pada tahun 2017 sehingga kini gagal untuk melaksanakan Program Pemantauan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) dengan berkesan.


Oleh itu, katanya, badan-badan kerajaan perlu mementingkan akauntabiliti dan menggunakan profesionalisme serta kebijaksanaan mereka untuk menilai sama ada syarikat yang ditawar kontrak itu mempunyai kemampuan untuk menjalankan tugas dengan berkesan.


Tuntutan mahkamah tersebut dikendalikan oleh peguam Calvin Khoo dan Surendra Ananth.


Kes itu difailkan ke Mahkamah Tinggi pada 20 April lalu dan pengurusan kes ditetapkan pada 10 Jun 2021.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page