Pembukaan semula tabika Kemas menjadi persoalan dalam sesi Parlimen lepas berkenaan kesiapsediaan kerajaan melaksanakan kurikulum baharu.
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Iskandar Mohd Akin bertanya mengenai persediaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar terhadap kurikulum berkenaan dan SOP Covid 19.
Timbalan Kementerian Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad sebaliknya menjawab persoalan yang diutarakan itu dengan memberi penjelasan bahawa Shamsul kemudiannya menambah hujah-hujahnya sebelum bertanyakan soalan tambahan.
“Pada tahun lepas, Kemas telah pun memperluaskan modul pendidikan Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STREAM) di tabika-tabika dan Yang Berhormat sebut tadi belajar sambil bermain, dan dimaklumkan bahawa 500 TABIKA disasarkan untuk mengikut 13 tema berbeza menjelang akhir tahun ini yang diikuti kawasan di desa, pedalaman dan kawasan orang-orang asli,” katanya.
Datuk Seri Shamsul kemudian bertanyakan soalan tambahan berkenaan kerelevanan sasaran tersebut dan perancangan kementerian bagi memastikan peralatan dan sanitasi mencukupi agar pelaksanaan STREAM dapat dilunaskan.
“Justeru dalam konteks pandemik Covid-19, apakah sasaran ini masih lagi relevan dan apakah yang dapat dicapai dalam tempoh yang ditetapkan dan bagaimana pula perancangan kementerian untuk memastikan peralatan dan sanitasi yang cukup agar pelaksanaan Stream ini dapat dilaksanakan,” soal Shamsul.
Comentarios