top of page

'Pembinaan bangsa Malaysia mesti berteraskan peradaban anak bangsa'



Pembinaan indentiti bangsa Malaysia yang masih berlangsungnsejak 6 dekad lalu hendaklah berteraskan peradaban dan jati diri anak bangsa Malaysia.


Hal itu ditegaskan oleh Senator Datuk Ismail Yusof dalam siaran langsung webinar anjuran Institut Darul Ehsan, bertajuk: "Konsep Demokrasi & Pembinaan Bangsa Malaysia: Cabaran, Halangan dan Masa Depan", pagi tadi.


Dalam ucapan pembukaannya, Ismail berkata kepelbagaian kaum di Malaysia seharusnya menjadi faktor kekuatan, bukan sesuatu yang menyukarkan pembinaan negara bangsa.


"Kepelbagaian seharusnya kita lihat sebagai satu sumber kekuatan yang menyegarkan, bukan satu yang menyukarkan.


"Di sebalik wujudnya perbezaan kaum dan agama, wujud persamaan dari segi nilai dan prinsip fundamental yang seharusnya diurus, dibangun dan dikembangkan menjadi elemen persefahaman dan dasar memperkukuhkan bangsa Malaysia.


"Pembinaan bangsa juga mestilah berteraskan peradaban anak bangsa Malaysia, bukan terpilih dengan mana-mana etnik atau ras. Tetapi modelnya mesti berteraskan kewarganegaraan anak watan, bukan ketuanan mana-mana etnik," katanya.


Selain itu, Ismail juga mengingatkan cita-cita rakyat Malaysia yang mahukan sebuah negara yang harmoni dan tidak dijajah oleh mana-mana pemikiran asing atau indoktrinasi khusus oleh mana-mana aliran pemikiran pemerintah.


"Sebab itu hadirian sekelian pembinaan negara bangsa harus dengan pemikiran yang lebih terbuka dan melangkaui kolonialisme


"Saya bangkitkan hal ini kerana lebih 60 tahun negara mencapai kemerdekaan, isu ini masih menjadi wacana rakyat Malaysia kerana pembinaan negara bangsa ini masih belum selesai," katanya lagi.


Webinar yang diadakan dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang tersebut membariskan pelbagai tokoh akademik dan poliyik membincangkan mengenai kemerdekaan dan penyatuan bangsa Malaysia membentuk negara bangsa yang lebih harmoni.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page