top of page

Pembiayaan politik menjurus rasuah - Hassan Karim



Pelbagai skandal yang terdedah di mahkamah berikutan pemimpin politik Umno dan Bersatu didakwa menerima wang sumbangan syarikat swasta membawa kepada cadangan untuk menggubal Akta Pembiayaan Politik bagi mengawal jumlah sumbangan yang diterima dan mensahihkan sumbernya.


Bagaimanapun bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, akta seumpama itu tidak benar benar perlu kerana ahli politik tidak memerlukan wang yang banyak untuk operasi menjaga kawasan mereka.


Malah, kata beliau, syarikat yang memberikan dana pasti mempunyai niat lain di sebalik sumbangan diberikan.


"Semua sumbangan yang diberikan oleh syarikat atau apa sahaja nama yang mereka gunakan akan mewujudkan politik tidak sihat kerana sentiasa ada unsur rasuah di sana.


"Bagi saya, tidak ada derma politik yang sah kerana semua syarikat swasta ini, mereka beri sesuatu dengan harapan ada pertimbangan


"Saya tidak bersetuju dengan Akta Pembiayaan Politik. Bunyinya sangat cantik tetapi ia membawa kepada rasuah,” katanya dipetik.


Sebaliknya, Hassan menggesa pihak mana pun yang menjadi Kerajaan Persekutuan perlu adil dalam memberi peruntukan kawasan.


Katanya, peruntukan yang adil akan membawa kestabilan politik dan tidak ada ahli politik yang meminta minta kepada syarikat swasta bagi membiayai keperluan di kawasan mereka.


"Setiap tahun mesti ada peruntukan yang sewajarnya, cukup untuk kawasan tanpa perlu mengemis atau menghantar memorandum. Ini mesti automatik.


"Siapa yang memerlukan peruntukan ini? Rakyat kawasan itu, ini adalah tugas kerajaan untuk memberi kepada setiap kawasan daripada bajet Persekutuan melalui pejabat Parlimen dan dengan akauntabiliti dan pengauditan,” katanya.


Namun tambah Hassan, undang undang seperti itu masih tidak wujud dan Ahli Parlimen terutamanya pembangkang terdedah dianaktirikan daripada peruntukan kawasan pada bila bila masa.


Katanya, dengan adanya akta untuk memastikan setiap Ahli Parlimen mendapat peruntukan cukup maka dana politik tidak lagi perlu.


"Walaupun seorang Ahli Parlimen itu miskin, tetapi mereka mempunyai idea dan integriti, kerajaan perlu membantu ahli politik seperti ini untuk memastikan kawasan mereka mendapat dana yang mencukupi," katanya.


Terdahulu, dalam perbicaraan kes rasuah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu, didedahkan lejar rahsia Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang mengandungi nama kod dan butiran dakwaan pembayaran dana yang dibuat oleh syarikat itu kepada beberapa individu antara 2014 dan 2015 sebagai bukti.


Ini telah membabitkan beberapa ahli politik terkemuka, seperti Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Reezal Merican Naina Merican, bekas menteri luar negeri Anifah Aman dan presiden Warisan Shafie Apdal.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page