top of page

Pembersihan banjir: Anwar kagum semangat membantu ratusan sukarelawan



Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke lokasi bencana banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor kagum dengan semangat bantu membantu sukarelawan yang begitu banyak datang membantu penduduk membersihkan rumah dan kawasan persekitaran.


Katanya, pahlawan yang tidak didendang itu berjumlah ratusan orang dari pelbagai kaum dan menunjukkan citra sebenar rakyat Malaysia ketika menghadapi malapetaka.


"Selain dari jentera kerajaan Selangor ketua kampung sendiri turun ke bawah, saya terharu melihat begitu ramai sukarelawan, anak anak universiti, NGO yang nampak komitmen mereka. Ini pahlawan sendiri, bukan 10 - 20 orang. Jumlah keseluruhan 50 - 60 di setiap kawasan kecil dari semua kaum.


"Sukarelawan yang begitu ramai, yang sangat mengesankan kepada saya kerana mereka ini tak ada nama. Saya tanya dari mana, mahasiswa Universiti Islam. Ada umum? Tak ada langsung. Cara diam diam datang dan memberikan sumbangan. Kita harus meraikan semua. Saya datang tentunya dilapor, tetapi ribuan lain datang tak dilapor, tidak bermakna yang ribuan itu tidak membuat kerja yang lebih baik daripada saya," katanya.


Di samping itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu juga mahu koordinasi yang lebih kemas dalam pembersihan yang dijalankan, terutama operasi pemunggahan keluar sampah dan buangan domestik yang sukar dilakukan kerana jalan yang sempit dan kenderaan yang terlalu banyak.


"Masalah yang dibangkitkan tentang sampah sarap. Saya bercakap dengan MB semalam di antara masalahnya lori tak boleh masuk. Jadi kita minta sukarelawan, NGO supaya kawal kemasukan kereta, memberi laluan utama kepada lori sampah. Sebab itu saya naik motor, kalau naik kereta dengan VIP, mengganggu pekerja membersihkan kawasan," katanya.


Beliau juga melahirkan rasa sedih melihat banyak keluarga B40 yang hilang barang barang berharga milik peribadi dan keluarga, yang memerlukan Kerajaan Negeri mengambil lebih banyak langkah untuk memberikan bantuan.


Sumbangan toto dan dapur memudahkan mangsa banjir untuk tidur dan masak

"Kesabaran, kepayahan dan derita. Selalu saya sebut, Covid 19, banjir. Yang paling terkesan orang miskin.


"Kalau kita lihat ini kawasan yang rendah dan menjadi mangsa selalunya orang miskin. Maka sebab itu kerajaan Selangor perlu mengambil inisiatif, langkah langkah yang lebih positif dan agreasif mesti diambil bagi meringankan beban rakyat," katanya lagi.


Dalam lawatan berkenaan rombongan Datuk Seri Anwar bersama Anwar Ibrahim Club (AIC) memberikan bantuan barang keperluan kepada mangsa banjir termasuk dapur masak, toto dan sebagainya yang diperlukan ketika penduduk telah kembali ke rumah masing masing.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page