top of page

Pemberian Wang Ehsan ke T'ganu, Kelantan bukti Kerajaan Madani adil



Tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Pas Terengganu ke atas Kerajaan Persekutuan telah dijawab dalam kenyataan Kementerian kewangan baru baru ini bersabit undang undang semasa royalti, bahawa kerajaan Terengganu atau Kelantan hanya layak mendapat sumbangan 5% tersebut dalam carigali 3 batu nautika dari pantai negeri masing masing.


Namun Kerajaan Madani tetap berlaku adil dengan meneruskan pemberian Wang Ehsan kepada kedua dua negeri sebanyak RM786 juta untuk kerajaan Terengganu dan RM200 juta kepada Kelantan pada 2023 biar pun petroleum dicarigali di luar 3 batu nautika.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, kemurahan Kerajaan Madani itu sepatutnya menjawab tuduhan ahli politik Pas Terengganu kononnya kerajaan pusat zalim menyekat royalti.


Sebaliknya, beliau mengingatkan Pas yang tidak meminda undang undang berkaitan royalti semasa memerintah pada 2020 - 2022 kerana itu pembayaran masih kekal sebagai Wang Ehsan berdasarkan pertimbangan Kerajaan Persekutuan memenuhi permintaan negeri.


"Penyaluran Wang Ehsan khusus kepada negeri Terengganu dan Kelantan bukti Kerajaan Persekutuan bersifat adil


"Merujuk kepada kenyataan media Kementerian Kewangan berkenaan penyaluran Wang Ehsan petroleum khusus kepada Terengganu dan Kelantan, bagi manfaat rakyat di dua negeri tersebut, membuktikan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap adil dan tidak menzalimi kerajaan Terengganu atau Kelantan di bawah pimpinan Pas seperti mana tuduhan yang dilemparkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahmad Nadhir, penyokong Pas Terengganu juga perlu menyedari pada 2024 Kerajaan Madani telah pun meluluskan bayaran Wang Ehsan khusus petroleum sebanyak RM172.3 ke negeri itu dan RM58.6 kepada kerajaan Kelantan, serta tambahan sebanyak RM103.1 juta kepada Terengganu bagi obligasi Kerajaan Negeri kepada kontraktor mereka.


"Hal ini membuktikan Kerajaan Persekutuan sangat mengambil berat terhadap kebajikan serta tidak mengabaikan nasib penjawat awam dan juga kontraktor yang mengambil tender dengan Kerajaan Negeri.


"Justeru itu, KEADILAN Kemaman menggesa supaya polemik dan juga tuduhan liar pihak pembangkang terhadap Kerajaan Persekutuan dihentikan serta merta," katanya.


Selain itu KEADILAN Kemaman juga, kata Ahmad, berharap agar wang yang diterima oleh Kerajaan Negeri digunakan secara telus dan mengikut tatakelola yang telah ditetapkan oleh undang-undang di samping menggesa pihak Jabatan Audit Negara berperanan memastikan bahawa wang yang disalurkan ini tidak disalahgunakan


Beliau turut menyarankan agar Pas di kedua dua negeri menghentikan budaya fitnah Kerajaan Madani zalim terutama pada hari Hari Raya Aidilfitri dan pada bulan bulan seterusnya berhubung isu royalti.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page