top of page

Pemberian suntikan vaksin di Malaysia terlalu perlahan

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Apr 14, 2021
1 min read

Updated: Apr 14, 2021



Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo Yu Keng menyifatkan pemberian suntikan vaksin adalah terlalu perlahan di Malaysia ketika ini.


Beliau berpandangan, walaupun 30 juta dos telah dibeli 3 bulan lalu, namun hanya 1 peratus telah diberikan kepada rakyat setakat ini.


"Hanya satu juta dos daripada 30 juta dos yang telah digunakan setelah kita membeli 30 juta dos 3 bulan yang lalu.


"Itu satu peratus dalam 3 bulan untuk 3 bulan terakhir," katanya.


Disebabkan itu, Dr. Michael menganggap jika suntikan vaksin itu terus diberikan dengan perlahan, ia mungkin akan mengambil masa lebih 5 tahun untuk menyuntik 25 juta rakyat Malaysia.


"Pada kadar ini, kita mungkin perlukan 7 tahun untuk menyelesaikan inokulasi 25 juta rakyat Malaysia. Terlalu lambat. 4 juta dos sebulan harus menjadi tujuan kita," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page