top of page

Pemberian subsidi diesel ditambah baik, elak penyelewengan



Kerajaan akan memperluaskan pemberian subsidi diesel kepada sektor pengangkutan darat (barangan) menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (EAC) yang bermesyuarat semalam bersetuju untuk memperhalusi subsidi bersasar bagi diesel agar memanfaatkan sembilan jenis kenderaan dalam sektor pengangkutan barangan.


Walau bagaimanapun jelasnya, subsidi tersebut akan disalurkan melalui sistem “fleet card” sekaligus membantu Putrajaya memantau penggunaan diesel dan mencegah ketirisan atau penyalahgunaan subsidi yang disasarkan.

"Tumpuan kerajaan yang seterusnya ialah untuk menambah baik sistem subsidi diesel yang menyaksikan tanggungan subsidi negara melonjak kepada RM13 bilion bagi tahun 2022," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MTEN.


Mengulas lanjut isu penyelewengan diesel beliau berkata, kerajaan mendapati penggunaan diesel melonjak 37.7 peratus iaitu 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 8.4 bilion liter pada 2022.


Peningkatan itu ujarnya dilihat tidak seimbang apabila jumlah kenderaan berdaftar yang menggunakan diesel hanya meningkat 2.4 peratus (dari 2.08 juta dalam tahun 2019 ke 2.13 juta dalam tahun 2022).


"Peningkatan mendadak penggunaan diesel berbanding jumlah kenderaan diesel membayangkan ketirisan melalui penyeludupan yang perlu ditangani segera," tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan.


Dalam sidang media sama Anwar turut memaklumkan mesyuarat MTEN bersetuju untuk mewujudkan Pangkalan Data Utama (PADU) bagi memudahkan maklumat tentang sosio ekonomi rakyat dalam usaha memudahkan penggubalan dasar negara.


Tambahnya, PADU akan menjadi pangkalan utama agensi-agensi kerajaan lain.


"Tetapi kita tahu ada kekurangannya yang lengkap kerana tidak ada penyelerasan di antara agensi berkait. Jadi PADU menggabungkan sebanyak mungkin maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah untuk membantu kerajaan dalam menggubal dasar dan mensasar bantuan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page