top of page

Pemberian hak milik tanah: Bukti Kerajaan Madani Perak bela rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 22
  • 1 min read

DS Saarani (berbaju biru) memberi geran hak milik tanah kepada penduduk kampung tradisional
DS Saarani (berbaju biru) memberi geran hak milik tanah kepada penduduk kampung tradisional

Penyampaian geran hak milik tanah kepada penduduk kampung tradisional Wilayah Ban Sungai Air Hujan dan Sungai Betul Bawah, Mukim Bagan Tiang kelmarin menjadi bukti Kerajaan Madani Perak membela orang Melayu.


Bagi Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, hal itu juga menepis tohmahan pembangkang PN kononnya kerajaan mengikut pro kepada ahli politik Cina dari DAP.


"Majlis berlangsung di Dewan Merdeka, Parit Buntar ini telah menyaksikan seramai 72 orang penduduk kampung menerima hak milik tanah yang sah, suatu usaha besar Kerajaan Negeri dalam memperkasakan pemilikan tanah secara sah kepada penduduk kampung tradisional yang telah sekian lama menetap di kawasan ini.


"Penyampaian hak milik ini bukan sekadar simbolik, tetapi bukti keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat dan komitmen untuk menyelesaikan isu penempatan tradisional secara sistematik dan berperundangan," kata Mujahid dalam muat naik di Facebook.


Beliau yang mengiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam Majlis Penyampaian Hakmilik Penyusunan Semula Kampung Tradisional (PSKT) bagi Wilayah Ban Sungai Air Hujan dan Sungai Betul Bawah, Mukim Bagan Tiang itu memuji polisi Kerajaan Negeri yang menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum.


Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Kerian, Saidi Shaari; Orang Besar Jajahan Kerian, Datuk Ahmad Raziff Mohamad Zulkifli; Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Helmi Jusoh; Pegawai Khas Menteri Besar Perak bagi Daerah Kerian, serta pimpinan Parti AMANAH Kawasan Parit Buntar dan komponen Kerajaan Perpaduan daerah Kerian yang komited menyokong agenda kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page