top of page

Pemberdayaan ekonomi wanita muda perlu diperjuangkan - Rayyan


Ekonomi golongan wanita muda sering kali tidak menjadi agenda dan diperkatakan dalam mana-mana perancangan ekonomi negara.


Sayap Wanita Muda KEADILAN, Srikandi KEADILAN bertekad akan mengetengahkan isu berkenaan bagi menyedarkan pemimpin negara betapa pentingnya memajukan golongan wanita muda.


Wakil Srikandi, Rayyan Abdul Rahim berkata, pergerakan itu akan berusaha untuk mengambil langkah merapatkan jurang ekonomi antara lelaki dan wanita di negara ini.


"Jurang ekonomi antara lelaki dan wanita amatlah ketara di peringkat nasional dan antarabangsa. Memperbaiki kedudukan ekonomi wanita muda amatlah penting dalam melabur untuk kesetaraan gender dan penghapusan kemiskinan


"Terdapat usaha dalam memberdayakan ekonomi wanita dan wanita muda termasuk usaha dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu daripada Bank Dunia, IMF dan sebagainya. Namun wanita muda masih tidak dapat akses sepenuhnya kepada peluang pekerjaan dan keusahawanan. Terdapat keterbatasan dalam hak untuk memilkki tanah, keupayaan mendapat pinjaman bank atau mendapat geran kerajaan


"Srikandi KEADILAN akan berusaha untuk meningkatkan kesedaran pemimpin kita akan faktor yang menghalang wanita muda untuk mencapai potensi mereka," katanya.


Selain tu, menurut Rayyan, Srikandi juga akan berkempen memberikan kesedaran kepada wanita dan wanita muda bahawa pengambilan vaksin perlu diutamakan untuk negara keluar daripada belenggu pandemik Covid 19


Begitu juga, katanya, Srikandi akan menubuhkan Biro Antarabangsa yang akan berperanan mengetengah isu-isu wanita secara lebih meluas.


"Kami bercadang menubuhkan biro ini untuk bekerjsama dengan badan-badan kerajaan dan institusi antarabangsa dalam usaha memastikan wanita juga memainkan peranan di peringkat antarabangsa.


"Srikandi KEADILAN juga akan terus meningkatkan kesedaran pentingnya penglibatan dan suara wanita muda dalam arena politik," katanya lagi dalam sesi perbahasan Ucapan Dasar Ketua Wanita KEADILAN, petang ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page