top of page

Pembentangan RUU 355 harap nokhtahkan polemik agama



Janji Kerajaan Madani akan membentangkan pindaaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) pada tahun ini diharap akan meredakan polemik pertentangan agama Islam di Malaysia.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, pembentangan itu yang telah tertangguh sejak usul persendirian Ahli Parlimen Marang, Hj Hadi Awang pada 2016 akan selepas ini memfokuskan perbezaan pendapat beberapa kelompok Islam ke arah satu matlamat mengukuhkan undang undang syariah di peringkat negeri.


"KEADILAN Kemaman sokong penuh kerajaan membentangkan RUU 355 pada tahun ini.


"Kami berharap dengan pembentangan RUU 355 oleh Kerajaan Perpaduan, ia akan menokhtahkan segala polemik agama, penunggangan agama dan manipulasi isu agama dalam politik yang melampau," katanya.


Menurut Ahmad Nadhir, RUU 355 telah memecahkan umat Islam sejak 2015 lalu sehingga ada yang menganggap tidak menyokong usul Presiden Pas ketika itu, sekiranya meninggal dunia, harus ditanam di tanah perkuburan bukan Islam.


Katanya, dengan usaha Kerajaan untuk meluluskan pindaan RUU 355 tersebut, seharusnya Pas akan menyokong Kerajaan Perpaduan dalam hal berkenaan.


"Isu RUU 355 telah memecahkan masyarakat Islam di Malaysia akibat permainan sentimen pihak tidak bertanggungjawab. Oleh itu diharapkan dengan pembentangan RUU ini, dan diluluskan di Dewan Rakyat akan menoktahkan segala polemik," katanya.


Pindaan RUU 355 kelmarin dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar akan dibentangkan di Parlimen pada tahun ini.


Pindaan tersebut dijangka akan mencadangkan hukuman lebih berat kepada pesalah syariah dan mungkin menyamakan hukuman sebagaimana yang terdapat pada undang undang jenayah sivil.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page