top of page

Pembelaan Penempatan Pekerjaan OKU Dalam Perkhidmatan Awam



Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


ULASAN: Penempatan 1% OKU di dalam Sektor Awam bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah diperkenalkan melalui Pekeliling Perkhidmatan 10/1988 dan Akta OKU 2008 (Akta 685). Namun begitu setelah hampir 36 tahun sektor awam masih gagal mencapai sasaran tersebut.


Sesuatu yang menyedihkan apabila Jabatan Perkhidmatan Awam melaporkan pada tahun 2022 bahawa kecuali Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kesemua kementerian lain telah gagal untuk mematuhi dasar penempatan 1% OKU di dalam sektor awam. Paling menyedihkan apabila laporan tersebut menyatakan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah tidak mempunyai walau seorang penjawat awam dalam kategori OKU.


Tidak sampai 0.5% OKU diterima


Laporan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menunjukkan bahawa pada tahun 2022 seramai 1.2 juta orang memohon sebagai penjawat awam, namun dari jumlah tersebut hanya 763 OKU yang dipanggil untuk temuduga (hanya 0.06% OKU terlibat).


Lebih menyedihkan lagi pada tahun 2022 hanya 71 OKU diterima sebagai penjawat awam berbanding jumlah keseluruhan sebanyak 20,762 (hanya 0.3% OKU mendapat perlantikan). Data-data tersebut jelas menunjukkan bahawa tiada kesungguhan daripada pihak kerajaan untuk menghormati dan melaksanakan dasar penempatan 1% OKU di dalam sektor awam.


Perkara ini telah dibangkitkan oleh Majlis Belia Orang Kurang Upaya (MBOKU) di dalam sesi Dialogika Daerah (Konvensyen Belia Nasional) yang melibatkan YB Tuan Adam Adli selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan. MBOKU secara tegas menyatakan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) gagal untuk menghormati dasar kerajaan dalam isu tersebut.


MBOKU bukan sahaja menuntut kerajaan melaksanakan dasar tersebut secepat mungkin malah dasar tersebut sepatutnya digubal untuk meningkatkan jumlah golongan OKU dalam penjawatan awam sebanyak 3%, ia selari dengan standard yang dilaksanakan oleh negara-negara maju diseluruh dunia.


Perkara ini bukan sesuatu yang asing kerana Itali menetapkan 7% kuota untuk golongan OKU dalam penjawatan awamnya, Perancis menetapkan 6% dan Sepanyol pula 5%. Lebih memalukan bagi negara membangun seperi Malaysia apabila negara seperti Tanzania mampu menetapkan kuota 5% untuk penjawat awam OKU.


Tingkat kuota kepada 3%


MBOKU sebelum ini telah membangunkan sebuah Kertas Makluman bagi menggesa kerajaan meningkatkan kuota penjawat awam OKU dari 1% kepada 3%, perkara ini disarankan dengan rasional bahawa dasar tersebut dapat mengurangkan kebergantungan golongan OKU kepada inisiatif kerajaan serta mendorong kemandirian golongan OKU untuk jangka masa panjang.


Perkara ini dapat dicapai bukan sahaja dalam sektor awam malah swasta melalui potongan cukai berganda bagi majikan yang menggaji golongan OKU. Cadangan ini mempunyai asasnya kerana pekeliling kerajaan ada menyentuh berkenaan Potongan Berganda (Double Deduction) P.U.(A) 61/1992 Cukai Pendapatan (Potongan bagi Latihan Yang Diluluskan) dan P.U.(A) 111 Cukai Pendapatan (Potongan bagi Latihan yang Diluluskan) (Perubahan) Undang-Undang 1995.


Justeru pihak kerajaan perlu mula menunjukkan kesungguhan dan iltizam bagi melaksanakan dasar tersebut, negara MADANI yang didambakan tidak akan mampu dicapai tanpa melibatkan seluruh segmen masyarakat.

________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Belia Malaysia (MBM)

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page