top of page

Pembelaan Palestin, reformasi PBB agenda PM di sidang Riyadh, G20, APEC

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 21, 2024
  • 3 min read


Kehadiran Malaysia di tiga persidangan penting sejak seminggu lalu telah membawa agenda besar untuk diketengahkan kepada dunia.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agenda itu pula telah mendapat reaksi balas yang positif dalam kalangan negara negara berkembang.


Beliau menjelaskan demikian dalam sesi Pertanyaan Perdana Menteri, menjawab soalan Ahli Parlimen Dr Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang bertanya apakah hasil PM menghadiri Sidang Tergempar Negara Arab dan Islam di Riyadh, APEC di Peru dan G20 di Brazil.


"Kita mula dengan lawatan rasmi ke Mesir atas undangan Presiden Abdel Fattah Sisi, (saya) memberikan penghargaan (kepada) dia (atas) bantuan kemanusiaan walaupun kemudian disekat rejim Israel.


"Bantuan dia membolehkan dua pesawat kita mengambil anak anak Palestin Gaza yang cedera dibawa ke mari. Saya sempat bincang dengan dia masa depan dan kedudukan terkini (Palestin).


"Kemudian ke Riyadh, satu perkembangan yang amat menarik kerana kali pertama negara Arab dan Islam itu membuat ketetapan yang tegas. Mereka menerima adanya genosid (oleh Israel), sebelum itu ada banyak negara yang enggan menyertai dalam resolusi menyatakan genosid.


"Kedua untuk menghentikan hubungan diplomaik dan mendukung embargo perdagangan dan juga dari sudut bantuan ketenteraan oleh negara barat (terhadap Israel)," katanya.


Tegas Anwar, pendirian Malaysia dalam sidang di Riyadh itu keras, iaitu mendesak kemerdekaan Palestin dan cadangan mengusir Israel dari Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).


"Pendirian kita tentu keras, saya minta pertimbangkan untuk menyingkir Israel sebagai anggota PBB. Ini ada kaitan kerana pengikrafan negara Israel itu ada, kalau tidak kita nak singkir siapa?


"Walaupun dari segi de jure kita tidak iktiraf kedudukan negara itu, sebab itu tidak ada hubungan (diplomatik) sama sekali," katanya.


Untuk lawatan ke sidang APEC di Peru, katanya, beliau telah meninjau projek melibatkan Petronas dan dua lagi syarikat besar Malaysia di sana.


Biarpun, katanya, sidang tersebut menjurus kepada ekonomi rantau Pasifik namun PM menggunakan kesempatan itu untuk membangkitkan kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.


"Di situ kita bawa isu Gaza dan di hadapan Presdien Biden (Amerika Syarikat), Xi Jinping (China) dan lain lain," katanya.


Sementara itu, pada Sidang Kemuncak G20 di Brazil pula PM menekakan mengenai masyarakat terpinggir yang perlu dibantu negara negara maju.


PM juga mengambil pertemuan itu untuk berunding dengan negara negara Amerika Latin dan Afrika bagi melakukan reformasi ke atas PBB.


"Kemudian Sidang G20 yang ditaja oleh Brazil, Brazil ini menekankan tentang Global Alliance against Hunger and Poverty


"Seperti kita tahu, Presiden Lula (Brazil) itu antara tokoh di kalangan negara berkembang yang berani dan punya pendirian tegas. Banyak persamaan dengan Malaysia dan Afrika Selatan


"Kami bertiga berunding secara berasingan untuk merangka strategi, satu pihak Amerika latin, pihak Afrika dan pihak Asia untuk memberikan pendekatan baru. Kita bantah kedudukan PBB sekarang dan kita menutut tatakelola dunia, iatu reformasi PBB.


"PBB mesti direform dan kuasa veto tidak boleh hanya kepada negara sedia ada tetapi dikembangkan kepada wakil Amerika Latin, iaitu Brazil dan wakil Afrika iaitu Afrika Selatan," katanya.


PM turut membangkitkan mengenai kurangnya ketegasan PBB kerana negara kecil seperti Israel dibenar melanggar semua Ketetapan Majlis Keselamatan dan PBB sendiri.


"Mengapa kita biarkan negara seperti ini melanggar, terutama Israel (dan) sepatutnya disingkir.


"PBB badan diasaskan untuk mengiktiraf negara merdeka, maknanya anti penjajahan.


"Bagaimana G20, presiden AS ada, China ada, PM United Kingdom ada, saya kata, bagaimana kita boleh bergabung dalam satu badan dunia yang mengiktiraf satu negara yang menjajah (Israel).


"Kita lawan selama ini penjajahan dan kita terima Israel yang terus menjajah Gaza," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page