top of page

Pembela Islam tetapi tinggalkan dewan waktu bahas isu Tabung Haji - Azli

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 11
  • 1 min read
Kerusi pembangkang kosong selepas anggota Dewan Rakyat dari Pas dan Wawasan meninggalkan dewan
Kerusi pembangkang kosong selepas anggota Dewan Rakyat dari Pas dan Wawasan meninggalkan dewan

Tindakan Ahli Parlimen pembangkang daripada Pas dan Wawasan yang keluar dari Dewan Rakyat ketika Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dibentangkan diselar.


Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof menyifatkan tindakan berkenaan sebagai sesuatu yang memalukan, terutama ketika laporan berkaitan institusi umat Islam terbesar di Malaysia itu sedang dibahaskan.


"Memalukan! Pembela Islam konon!


"Ahli Parlimen pembangkang (Pas dan Wawasan) keluar dewan ketika Laporan RCI Tabung Haji dibentang oleh YB Senator Dr Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)," katanya dalam muat naik di media sosial.


Beliau berkata tindakan itu menunjukkan sikap sebenar pihak pembangkang ketika isu berkaitan kepentingan umat Islam sedang mendapat perhatian.


"Inilah sikap sebenar mereka di saat kepentingan umat Islam terbesar di Malaysia sedang hangat diperkatakan," katanya.


Laporan RCI Tabung Haji dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan dalam Sidang Khas Parlimen yang diadakan bagi membahaskan laporan berkenaan.


Manakala pembangkang mengambil keputusan meninggalkan dewan selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak permintaan mereka untuk menangguhkan sidang khas berkenaan atas alasan Perdana Menteri yang meminta ianya diadakan sedang sakit dan berada di hospital.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page