top of page

Pembayaran terbuka pengangkutan awam, data pengguna tak berisiko



Pelaksanaan sistem pembayaran terbuka dalam perkhidmatan pengangkutan awam negara tidak akan merisikokan tahap keselamatan data pengguna, kata Menteri Pengangkutan.


Anthony Loke Siew Fook menjelaskan, isu keselamatan data pengguna tidak timbul kerana sistem yang akan digunakan untuk perkhidmatan tersebut sudah diguna pakai dalam perkidmatan lain ketika ini.


"Sekarang ini tempat letak kenderaan pun pakai sistem pembayaran terbuka. Pergi membeli-belah, beli hidangan di restoran makanan segera pun banyak gunakan sistem yang sama.


"Jadi saya tidak lihat isu yang membimbangkan pengguna sebab sekarang pun mereka guna kad debit atau kredit dalam pelbagai bentuk pembayaran," katanya kepada pemberita selepas hadir dalam program radio di Suria FM dan 998 FM di Menara Star, Petaling Jaya, semalam.


Anthony 20 Mac lalu mengumumkan perkhidmatan pengangkutan awam di bawah Prasarana Malaysa Bhd akan mengguna sistem pembayaran terbuka selain perkhidmatan Touch n Go yang diguna pakai sekarang.


Melalui sistem pembayaran terbuka, pengguna kini membuat pembayaran melalui kad kredit atau debit ketika menggunakan pengangkutan awam.


Integrasi pembayaran terbuka dalam sistem pengangkutan awam negara itu dijangka akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi.


"Kita memang sedang mengarahkan pelaksanaannya. Jadi kalau boleh kita laksanakan dengan cepat," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page