top of page

Pembayaran SARA disalur berperingkat mulai hari ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 22, 2024
  • 1 min read


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan bermula hari ini secara berperingkat.


Perdana Menteri berkata, program SARA telah ditambah baik dengan peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta berbanding RM130 juta tahun lepas.


"Peruntukan yang lebih besar ini membolehkan kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000, ketimbang 210,000 pada tahun lalu. Jumlah bantuan juga dinaikkan sehingga RM1,200, seganda jumlah daripada tahun lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat.


Justeru itu, katanya penambahbaikan program SARA merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI.


"Insya-Allah, Kerajaan akan mengumum lebih banyak penambahbaikan kepada bantuan lain bagi mengangkat ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan," katanya.


Program SARA menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.


Di bawah program itu, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.


Bagi penyaluran bantuan tunai di Sarawak dan Sabah serta Labuan akan bermula pada 19 Februari depan.


Menurut Kementerian Kewangan, orang ramai boleh menyemak status kelayakan dan soalan lazim di pautan:


Mekanisme pelaksanaan:

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page