top of page

Pembatalan permohonan pembinaan PJD Link dialu alukan - Chean Chung



Penduduk Petaling Jaya mengalu alukan pengumuman Kerajaan Negeri Selangor hari ini membatalkan pembinaan projek lebuh raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link).


Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, pembatalan itu merupakan langkah progresif ke arah meningkatkan kualiti kehidupan bagi komuniti di Petaling Jaya berikutan tidak dibinanya lebuh raya kontroversi berkenaan.


Bagaimanapun, kata beliau, perjuangan untuk mewujudkan pengangkutan awam yang lebih mampan dan efisien perlu digiatkan selepas ini.


"Saya mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri yang telah lama menunggu untuk membatalkan PJD Link.


"Memandangkan ia merupakan langkah progresif ke arah Petaling Jaya yang lebih mampan, perjuangan mengenai mobiliti berkualiti untuk semua, masih belum selesai.


"Sebagai alternatif kepada pengguna, kita perlu meningkatkan pengangkutan awam secara drastik. Perkhidmatan kereta api perlu dipertingkatkan dengan pesat.


"Lebih banyak bas, termasuk bas mini yang dikendalikan oleh sektor swasta, perlu dibenarkan membawa penumpang di jalan raya. Laluan pejalan kaki, laluan basikal, perlulah disusun secara sistematik," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Chean Chung lagi, kesemua jenis pengangkutan perlu diintegrasikan termasuk pengangkutan awam p-hailing yang akan memudahkan penduduk Petaling Jaya bergerak ke destinasi tanpa hambatan.


Katanya, polisi pentadbiran negara sejak tiga dekad lalu yang lebih menumpukan kepada pengangkutan peribadi perlu diganti dengan pengangkutan awam diintegrasi secara menyeluruh.


Dengan matlamat akhirnya, kata beliau, penduduk Petaling Jaya akan mempunyai akses kepada pengangkutan awam di hujung jari yang lebih efisien.


"Untuk mencapai semua ini, kita perlu melibatkan semua pihak berkepentingan dalam merangka pengangkutan yang mampan untuk Malaysia.


"Pada masa lalu, rakyat telah terbiasa dalam ekonomi berorientasikan kereta. Berbilion ringgit telah dibelanjakan untuk meletakkan kereta di atas jalan dan membina lebih banyak jalan raya, tetapi bandar kita tercemar, menjadikan gaya hidup rakyat tidak dapay ditanggung (membayar kereta).


"Sudah tiba masanya kita mengambil peluang ini untuk bermuhasabah, dan menyediakan tindakan untuk memulakan revolusi mobiliti baharu," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page