top of page

Pembasmian kemiskinan perlu jadi agenda teras ASEAN - PM Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 26
  • 1 min read

DS Anwar mempengerusikan mesyuarat akhir persiapan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46. Foto: FB Anwar
DS Anwar mempengerusikan mesyuarat akhir persiapan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46. Foto: FB Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara-negara ASEAN agar menjadikan pembasmian kemiskinan dan perlindungan komuniti rentan sebagai tonggak utama dalam agenda pembangunan serantau.


Dalam temu bual bersama media menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Anwar menegaskan bahawa pembangunan ekonomi hanya memberi makna jika ia diterjemahkan kepada peningkatan kebajikan rakyat, perlindungan sosial dan pemeliharaan maruah insan.


"Kemiskinan adalah isu yang dekat di hati saya. Di Malaysia, saya tekankan bahawa kita mesti capai sasaran kemiskinan tegar sifar.


"Walaupun ada kemungkinan ia berulang, negara tidak boleh membiarkan perkara itu berlaku. Kita perlu selesaikan, dan setakat ini, kita telah menunjukkan kemajuan ke arah itu.


"Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2025 menetapkan matlamat utama seperti pembasmian kemiskinan dan pertumbuhan yang inklusif, dan menyeru semua pemimpin Asean supaya terus memberikan tumpuan terhadap usaha ini," katanya dipetik.


Anwar sementara itu turut menggesa negara-negara Asean agar serius melaksana komitmen menyelesaikan isu kemiskinan, ketidaksamaan dan jurang pembangunan seperti yang sering disebut dalam kenyataan-kenyataan rasmi.


Negara Asean juga tegasnya perlu mengambil perhatian untuk melindungi masyarakat daripada jenayah serantau seperti penipuan dan pemerdagangan manusia yang sering menjejaskan golongan miskin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page