top of page

Pembangunan Tempasuk agenda calon KEADILAN, Mustapha Sakmud


Calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk, Mustapha Sakmud mempunyai cita-cita untuk membangunkan kawasannya setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.


Beliau berpandangan Tempasuk masih jauh ketinggalan walaupun Barisan Nasional (BN) sudah mentadbir negeri Sabah selama 40 tahun.


"Pembangunan masih ketinggalan kalau dibanding dengan semenanjung. Ada jalan masuk yang masih belum bertar dan di kampung-kampung lebih teruk, tidak ada sistem langsung. Kalau nak dapat surat perlu dapatkan di balai raya dan masjid.


"Sistem pendidikan juga sama, ada sekolah yang masih dibina menggunakan kayu, saya rasa di semenanjung sudah tidak ada sekolah seperti ini, malah sekolah dibina di kawasan banjir sekali gus menyukarkan anak-anak ke sekolah," katanya.


Mustapha juga berasa kesal kerajaan negeri terdahulu gagal menyediakan perbelanjaan untuk pembangunan secukupnya yang amat diperlukan rakyat.


"Tidak dinafikan ada pembangunan tapi kadar pembangunan itu amat rendah. Bajet kerajaan negeri sebelum ini adalah dalam RM4 bilion untuk pengurusan negeri, dengan 84 peratus untuk pengurusan sedangkan untuk pembangunan hanya 16 peratus.


"Mana mungkin boleh bangunkan kawasan, dan kalau berbanding kerajaan negeri Selangor, mereka melakukan bajet seimbang sebanyak 50 peratus pengurusan dan 50 peratus untuk pembangunan.


"Bila Warisan ambil alih, kita baru nak mula mencari alternatif dan ia mengambil masa tetapi baru nak merangka dalam 26 bulan, dewan dibubarkan sebab kerasukan orang terdahulu mahu mengambil kuasa secara paksa dan kita perlu bertanding semula untuk mendapat mandat rakyat.


"Ini lagilah melambatkan proses pembangunan negeri dan menyebabkan ekonomi berjalan dengan agak perlahan," katanya.


Mustapha juga berharap dapat memperbaiki sistem pengurusan pertanian di Tempasuk.


"Di Sabah, Tempasuk antara kawasan yang mempunyai jelapang padi dan menyumbang kepada 24 peratus hasil keluaran beras negeri, dengan 1 peratus sahaja dari luar negeri.


"Namun, satu hektar pendapatannya tidak sampai 2 tan dengan satu ekar adalah RM300 dan kalau 3 ekar pendapatannya adalah RM900 hasil daripada 4 bulan dalam satu musim menuai padi.


"Jadi, generasi muda petani terbeban dengan pendapatan kecil sebab mereka kata kalau kerja sekuriti pendapatan sampai RM1,200. Jadi kita mahu perbaiki sistem pengurusan pertanian di sini," katanya.


Justeru, Mustapha membantu petani-petani di Tempasuk mempelajari sistem pengurusan pertanian di Sekinchan, Selangor.


"Semasa Kongres KEADILAN di Selangor, saya bawa 50 orang dari Cabang Kota Belud untuk melawat jelapang padi di Sekinchan, Tanjong Karang.


"Di Sekinchan, sistemnya agak teratur dan hasil satu hektar boleh mencecah 8 hingga 12 tan, jauh perbezaannya dengan petani di Sabah.


"Jadi kita cuba ambil pengalaman dari negeri Selangor, kita buat perjanjian persefahaman antara Cabang KEADILAN Kota Belud dan Cabang Tanjong Karang dan selepas pegang kerajaan negeri insya-Allah kita akan buat program sekelompok petani muda akan dibawa ke Selangor untuk mempelajari sistem penanaman dan perairan untuk dibawa ke Tempasuk untuk selesaikan isu pertanian di kawasan ini," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page