top of page

Pembangunan semula perumahan bandar perlu, hak pemilik kediaman dijamin

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
10 hours ago
2 min read
DS Anwar dalam Program Dialog Negara Khas: ‘Di Sebalik Keputusan…’ disiarkan RTM1, malam tadi
DS Anwar dalam Program Dialog Negara Khas: ‘Di Sebalik Keputusan…’ disiarkan RTM1, malam tadi

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pembangunan semula kawasan perumahan daif di Kuala Lumpur perlu diteruskan dengan kerangka undang-undang yang jelas bagi menjamin hak penduduk asal, sambil memastikan kebajikan penghuni tidak dikorbankan demi kepentingan pembangunan.


Beliau berkata, pembangunan semula kawasan perumahan daif sememangnya berdepan cabaran apabila memerlukan persetujuan penghuni, yang sebahagiannya mempunyai kebimbangan terhadap jaminan kediaman dan nasib mereka selepas projek dilaksanakan.


Bagaimanapun PM Anwar menegaskan kerajaan bersetuju bahawa hak penduduk asal perlu dilindungi termasuk jaminan memperoleh kediaman yang lebih selesa dan hak untuk bersuara dalam proses pembangunan semula berkenaan.


"Mereka tentunya enggan dan bimbang (tapi) saya setuju kita harus santuni mereka. Cuma apakah perlu ada undang-undang untuk kawal? Jawapannya perlu, (soalan) yang dibangkitkan saudara (tadi) apakah jaminan kepada penduduk asal?


"Itu harus kita jamin, saya setuju. Kedua apakah kehidupan di perumahan itu lebih selesa dari dulu? Itu juga syarat yang kita jamin. Ketiga apakah mereka ada hak bersuara?


"Kalau nak katakan 100% bersetuju, tak jalan (pembangunan semula) rumah itu, tapi kalau kita tetapkan (ambang persetujuan) 70 atau 80% (pada masa sama) memberi jaminan kepada yang tidak bersetuju (dan) masih beri hak kepada mereka.. itu yang kita putuskan," katanya.


Beliau berkata demikian dalam Program Dialog Negara Khas: ‘Di Sebalik Keputusan…’ yang disiarkan menerusi RTM dan saluran media tempatan malam tadi.


Program tersebut menampilkan barisan panelis mewakili pelbagai segmen masyarakat yang mengemukakan persoalan berkaitan dasar, pertimbangan serta keputusan kerajaan kepada Perdana Menteri.


Mengulas lanjut, PM Anwar berkata polemik berhubung pembangunan semula perumahan daif itu lebih banyak dibangkitkan dari sudut kaum berbanding isu perumahan, termasuk dakwaan kononnya usaha berkenaan merupakan strategi satu kaum untuk menguasai kawasan perumahan terbabit.


Katanya, dakwaan tersebut tidak berasas kerana Kerajaan MADANI tetap tegas mempertahankan hak semua pihak termasuk kepentingan Bumiputera.


Malah, beliau berkata, buat pertama kali sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, tanah seluas 50 ekar di Kuala Lumpur telah disahkan sebagai Tanah Rizab Melayu sebagai permulaan kepada usaha berkenaan.


"Ini belum pernah berlaku, jadi soal kita nak tolak ansur dengan tuntutan gerombolan pemodal, itu tidak betul.


"Jadi saya setuju yang perlu ialah langkah menyantuni, menerangkan dan kemudian membangun mengikut peringkat keupayaan kita.


"Kalau tanya saya, saya tidak sanggup melihat perumahan yang begitu daif di tengah kota, jadi harus lakukan sesuatu dan perlu undang-undang dengan jaminan yang jelas mempertahankan hak golongan asal.


"Itu Insya-Allah kita lakukan dan saya tidak tolak ansur (dalam) hal itu," katanya lagi.


Menjawab persoalan mengenai jaminan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang berkenaan, PM Anwar berkata tanggungjawab itu bukan hanya terletak pada kementerian, malah turut melibatkan pihak berkuasa bandar raya dengan kerajaan menetapkan syarat-syarat khusus yang wajib dipatuhi sebelum sesuatu perjanjian pembangunan dimeterai.


"Sebelum kita memeterai perjanjian, kita pastikan syarat-syarat ini dipenuhi kerana pemaju ini pun kebanyakannya melakukan kerosakan, janji (tapi) perumahan tak siap, ini yang orang mulai curiga.


"Bila dibangkitkan oleh penghuni, saya faham kerana pengalaman dia, dia tandatangan, kemudian (sudah) 8 tahun rumah tak siap-siap dan tiada tindakan tegas terhadap mereka (pemaju).


"Jadi pendekatan daripada pihak jabatan dan kerajaan juga harus tegas, bukan sahaja terhadap penghuni, tetapi pemaju.


"Jadi sekarang yang difikirkan seolah-olah terhadap pemaju dan pemodal itu kita lebih bertolak ansur, itu tidak (dilakukan)," tegas PM Anwar yang juga Presiden KEADILAN.

3 Comments


Berni Natalya
9 hours ago

Great article! This was a really helpful breakdown, especially for players getting ready for Diablo 2. I've also been looking into different for Diablo II: Resurrected Runes, Diablo II: Resurrected Items and Diablo II: Resurrected Gold Account options. It's worth comparing what's available before launch rather than rushing into anything later.

Like

Berni Natalya
9 hours ago

Great article! This was a really interesting breakdown, especially for players looking forward to GTA 6. I've also been checking out GTA 6 Money options and seeing what's available for players. It's better to do some research ahead of launch rather than rush into a decision later.

Like

Berni Natalya
9 hours ago

Nice breakdown! The smaller details are easy to overlook before launch. I've also seen people discussing POE currency and poe2 currency, but Ill wait until the game is released before looking into it further.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page