top of page

Pembangunan semula KSSA berjalan lancar, siap pertengahan 2029

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Gambar Stadium Shah Alam mengikut pandangan arkitek
Gambar Stadium Shah Alam mengikut pandangan arkitek

Oleh: Azuan Ab Rahman


Projek pembangunan semula projek Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) berjalan mengikut perancangan dengan kini mencatat kemajuan sebanyak 6.61 peratus.


Menurut pengurusan KSSA, fasa awal projek melibatkan kerja-kerja tanah serta persediaan tapak sedang berjalan dengan pemantauan rapi bagi meminimumkan gangguan kepada komuniti setempat, selari dengan prinsip pembangunan berimbang yang menitikberatkan kesejahteraan awam.


"Fasa awal projek ketika ini melibatkan kerja-kerja tanah dan persediaan tapak sebelum memasuki peringkat pembinaan seterusnya.


"Sasaran siap projek ini adalah pertengahan 2029. Terima kasih kepada penduduk setempat dan orang ramai atas kesabaran serta sokongan berterusan," katanya menerusi hantaran di media sosial.


Projek pembangunan semula KSSA merangkumi pembinaan gelanggang baharu Selangor FC serta kawasan rekreasi untuk kegunaan orang awam, dengan kapasiti stadium dianggarkan antara 30,000 hingga 40,000 tempat duduk.


Ia bukan sekadar melibatkan pembinaan infrastruktur moden, malah melambangkan perpaduan serta semangat patriotisme dalam kalangan rakyat negeri ini.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini menegaskan, pembangunan semula KSSA bukan sahaja mengembalikan kegemilangan Stadium Shah Alam, malah bakal muncul sebagai ikon baharu negeri yang menyatukan rakyat melalui inovasi dan sukan.


Beliau turut memaklumkan, kompleks sukan tersebut akan dibangunkan dengan ciri hibrid yang fleksibel dan mampu menampung pelbagai penganjuran, termasuk konsert, acara berskala besar serta majlis keramaian seperti upacara perkahwinan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page