top of page

Pembangunan semula HKL dilaksana secara berperingkat



Pembangunan semula Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan dibuat secara berperingkat, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.


Melalui satu kenyataan beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan perkhidmatan sedia ada di hospital berkenaan terjejas.


"Pelan ini dibahagikan kepada dua komponen iaitu perancangan pembinaan blok-blok baru dan penaiktarafan blok utama.


"Pelan ini menitikberatkan usaha pembangunan HKL secara inklusif dan menyeluruh bagi terus mengangkat kegemilangan peranan HKL sebagai hospital rujukan utama awam negara, selain memastikan HKL kekal mapan menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti dan berkesan dalam memenuhi keperluan kesihatan rakyat," katanya


Dzulkefly turut berkata, pelaksanaan pembangunan semula itu bagi terus mengangkat peranan HKL sebagai hospital rujukan utama dan memastikan ia terus menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti dan berkesan.

Pada khamis lalu Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada lawatannya ke HKL berkata kerajaan akan menyegerakan penambahbaikan wad kelas tiga di hospital itu.


Mengulas perkara itu Dzulkefly berkata, penaiktarafan dan penyelenggaraan wad kelas ketiga akan dipercepat bagi meningkatkan keselesaan pesakit dan petugas kesihatan.


Sementara itu mengulas rancangan pembangunan jangka panjang di HKL, Dzulkefly berkata, fasa pertama melibatkan pembangunan semula Institut Pediatrik HKL (Hospital Tuanku Azizah 2, HTA2), fasa kedua dengan pembinaan blok surgikal manakala fasa ketiga untuk menaik taraf blok materniti.


"Buat masa ini, cadangan projek HTA2 telah diluluskan dalam Rolling Plan Keempat (RP4) 2024 untuk kerja-kerja awalan penyediaan skop projek dan anggaran kos pembangunan," katanya lagi.


Mengenai rancangan penaiktarafan blok utama, ia jelasnya memerlukan kerja naik taraf sistem infrastruktur secara menyeluruh bagi memenuhi keperluan semasa seperti sistem elektrik dan keselamatan, gas perubatan, sistem perpaipan air, lif, telekomunikasi dan pembentungan.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page