top of page

Pembangunan semula beri manfaat kepada komuniti Kg Orang Asli Bukit Baja

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
May 27
1 min read
Datuk Borhan dalam Majlis Penyerahan Cek Pengusaha Tanah Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Baja
Datuk Borhan dalam Majlis Penyerahan Cek Pengusaha Tanah Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Baja

Kerajaan Negeri Selangor kekal memegang prinsip pembangunan mesti memberi manfaat kepada semua rakyat termasuk masyarakat Orang Asli


Exco Perumahan, Datuk Borhan Aman Shah berkata, sehubungan itu Kerajaan Negeri bakal membangunkan semula perkampungan Orang Asli Bukit Baja di Dengkil supaya pembangunan dapat turut dirasai komuniti kawasan tersebut.


"Pembangunan tidak boleh meminggirkan mana-mana komuniti. Pembangunan dan pemeliharaan hak komuniti boleh bergerak seiring dengan kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir ke Majlis Penyerahan Cek Pengusaha Tanah Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Baja di Galeri PKNS Cyber Valley di Sepang pada Selasa.


Katanya, penempatan semula itu dirancang sebagai perkampungan moden Orang Asli yang lebih tersusun dan selesa untuk didiami.


Perkampungan itu turut akan dilengkapi kemudahan seperti dewan, ruang pentadbiran tok batin, kedai dan kawasan aktiviti komuniti termasuk ruang persembahan kebudayaan Orang Asli sebagai usaha menjana ekonomi penduduk.


Katanya, kawasan berkenaan berpotensi dibangunkan sebagai lokasi pelancongan berasaskan komuniti Orang Asli memandangkan kedudukannya berhampiran Cyberjaya dan pembangunan tersebut diharap menjadi contoh pembangunan inklusif tanpa meminggirkan komuniti asal.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page