top of page

Pembangunan Belia Meluas Dalam Belanjawan Selangor 2023



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Membaca garapan idea YAB Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar Selangor di dalam Belanjawan Selangor 2023 telah menonjolkan keprihatinan beliau terhadap isu pembangunan belia dalam konteks Negeri Selangor.


Beliau memberi perhatian terhadap isu belia yang paling besar iaitu pekerjaan dan perumahan, isu ini telah dilaporkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan dapatan bahawa 84% belia masih belum mampu memperolehi kediaman sendiri dan dibebankan lagi dengan kehilangan pekerjaan akibat krisis ekonomi pasca pendemik Covid-19.


Masalah yang membelenggu belia bukan sahaja berkisar terhadap jumlah rumah yang ditawarkan di pasaran, ia juga berkaitan dengan kemampuan golongan belia untuk membeli rumah. Menyedari situasi tersebut maka kerajaan Negeri Selangor telah meneruskan inisiatif Rumah Selangorku dan Skim Smart Sewa.


Sebanyak 18,039 unit Rumah Selangorku kini sedang dalam pembinaan di lapangan manakala baki 168,069 unit pula masih dalam proses perancangan untuk tahun 2023, manakala 500 unit rumah di bawah Skim Smart Sewa akan dibeli oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk pelaksanaan program tersebut pada tahun 2023.


Inisiatif ini yang dimulakan semenjak tahun 2015 akan tetap diteruskan oleh kerajaan Negeri Selangor demi menampung keperluan perumahan golongan belia yang semakin bertambah.


Jana peluang pekerjaan


Isu pekerjaan juga mendapat perhatian YAB Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar di dalam Belanjawan Selangor 2023, menggunakan keupayaan Kerajaan Negeri yang terhad beliau cuba membantu golongan belia untuk terlibat dalam ekonomi gig selaku penghantar makanan dan bungkusan.

Mohd Fauzi Fadzil

Maka tahun 2023 menyaksikan Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta, program tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu golongan belia untuk memiliki Lesen Memandu Motosikal B2 secara percuma.


Kerajaan Selangor mempunyai kemampuan terhad untuk menyediakan peluang pekerjaan yang besar kepada golongan belia, namun inisiatif ini dilihat mampu membantu mengurangkan kadar pengangguran negara yang telah meningkat kepada 4.6% pada tahun 2022 menurut Kementerian Sumber Manusia.


Sektor e-sukan diberi tumpuan


Sektor pendapatan baru berasaskan E-Sukan juga cuba diteroka oleh kerajaan Negeri Selangor apabila Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan RM 600,000 bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan belia untuk menceburi bidang tersebut yang dilihat sebagai laluan kerjaya pada masa akan datang.


Usaha untuk mengembangkan bidang E-Sukan telah dimulakan oleh kerajaan Negeri Selangor semenjak tahun 2022, kerajaan Negeri Selangor juga merupakan perintis awal (berbanding kerajaan negeri lain di Malaysia) yang memberi fokus kepada bidang E-Sukan.


Pembangunan E-Sukan di Negeri Selangor sejajar dengan matlamat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menjadikan Malaysia sebagai hub E-Sukan peringkat Asia, fokus dan dana yang diberikan oleh kerajaan Negeri Selangor mampu menarik KBS untuk melaburkan dana E-Sukan kebangsaan di Negeri Selangor. Melalui usaha tersebut maka industri E-Sukan akan berkembang di Negeri Selangor dengan menyaksikan kewujudan pasaran perkhidmatan dan peralatan E-Sukan yang mampu dipelopori oleh golongan belia.


Pujian harus diberikan kepada YAB Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar Selangor atas fokus dan perhatian yang diberikan kepada golongan belia di Negeri Selangor, beliau sedar keciciran pembangunan belia akan menyebabkan segala usaha pembangunan masyarakat dan negeri akan terbantut pada masa hadapan.


Justeru diharap ruang akan turut diberikan kepada pertubuhan belia seperti Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Selangor untuk turut berpatisipasi dalam menggerakkan Belanjawan Selangor 2023.


_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Exco Majlis Belia Malaysia

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page